| 1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. ayat di atas betul? Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Terima kasih | 1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. Jawapan: Kedua-dua ayat di atas adalah betul. Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Jawapan; Memberitahukan bermaksud menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb), memberitakan (Kamus Dewan Edisi Keempat) Memberitahu bermaksud memberi khabar kepada seseorang supaya tahu (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 22.07.2014 |
| Nama saya Liza, cerita dia (....) macam ini....... | .....ceritanya macam ini...... | Tatabahasa | 25.05.2011 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih. | Teknik plot atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. | Sastera | 22.07.2013 |
| Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq | Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
| keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq | Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
| Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Berikut merupakan ayat yang betul: (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Tatabahasa | 29.07.2014 |
| Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot. | Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot. Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut. Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam. Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama) untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.02.2010 |
| Adakah perkataan 'merujuk' dan 'melawat' kata kerja trasitif atau kata kera tak transitif? | Encik Mohd Paiz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Encik, kedua-dua perkataan yang diberikan saya pasti ada ayat seterusnya. Jadi jika itulah ceritanya sudah pastilah merujuk dan melawat boleh dikatakan sebagai kata kerja transitif. Lihat makna yang diberikan berikut berhubung dengan kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut selepas kata kerja. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 487,ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk tunggal atau majmuk. Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif. | | 8 | . | |
| Tatabahasa | 25.03.2009 |
| Saya telah menulis sebuah novel aksi. Inilah percubaan pertama saya, walaupun terpaksa mengambil masa lebih dari 5 tahun untuk disiapkan. Saya telah cuba menghantar di beberapa penerbit namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat syarikat seperti jumlah muka surat yang melebihi standard mereka, tidak boleh menulis jalan cerita yang ada potensi untuk disambung dan lain-lain walaupun mereka suka dengan jalan ceritanya. Bolehkah saya cuba untuk menghantar di DBP dan di terbitkan disini? Saya telah cuba untuk menghubungi cik Azura untuk bertanya terus kepadanya namun panggilan tidak diangkat | Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi editor di Bahagian Buku Sastera melalui talian telefon 03-21479000. | Lain-lain | 05.03.2019 |
| Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel? | Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya. | Lain-lain | 08.09.2015 |