Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berjimat cermat / berjimat-cermat

Saudara,

Ejaannya ialah berjimat cermat.

Ejaan17.03.2010
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa29.04.2012
Adakah kata sendi 'untuk' harus ada untuk tajuk buku berikut? 100 Cara Berjimat Cermat atau 100 Cara untuk Berjimat CermatKata sendi nama "untuk" tidak perlu hadir dalam tajuk tersebut. Ungkapan "100 Cara Berjimat Cermat" boleh digunakan sebagai tajuk buku.Tatabahasa13.06.2013
'Jom berjimat cermat bersama-sama!' Adakah tanda baca koma harus diletakkan selepas perkataan 'jom' dalam ayat di atas? Terima kasih.Tanda koma tidak perlu diletakkan selepas perkataan "jom".Tatabahasa21.05.2013
perkataan penambahbaikkan - 1 atau 2 perkataan? berjimat cermat - ada tanpa sempang atau tidak?Jawapannya ialah penambahbaikan. Ejaan berjimat- cermat ada sempang. Harap maklum.Tatabahasa23.05.2008
amalan menabung bolah melatih anak-anak supaya berjimat-cermat,ayat ini betul tak?terima kasihAyat yang gramatis ialah "amalan menabung bolah melatih anak-anak berjimat-cermat".Tatabahasa06.07.2012
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
Salam. Bolehkah saya tahu perbezaan antara selidik dan selidiki, berserta dengan contoh yang sesuai. Terima kasih.Selidik bermaksud cermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn selidiknya. Berdasarkan maksud tersebut, selidik merupakan sifat cermat dan teliti. Manakala selidiki ialah perbuatan selidik yakni kata kerja. Contoh; Tolong selidiki dulu permasalahan itu sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis," kata ayah kepada abang dengan tegas.Tatabahasa10.07.2013
'Sekiranya kita berjimat cermat, tentu kita dapat berpindah ke rumah besar semula.' Adakah 'tentu' harus diletakkan di depan 'dapat', yakni 'kita tentu dapat...'?Kedua-dua frasa "tentu kita dapat" dan "kita tentu dapat" betul.Tatabahasa21.05.2013
apa maksud cemerkap

Saudara Azam,

Maksud cemerkap ialah tidak cermat, kasar.

Makna25.02.2010
12

Kembali ke atas