Apakah terjemahan yang sesuai untuk Cigarillo (sejenis cerut)? | Untuk makluman, perkataan "cigarillo" belum mempunyai istilah bahasa Melayu yang rasmi. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah cerut kecil. | Istilah | 29.06.2016 |
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi menggigit-gigit? Ayat ini betul atau tidak? Terima kasih. | Bidin duduk di pintu rumahnya menggigit-gigit pangkal cerut - ayat ini betul kerana mengigit-gigit dalam ayat ini bermaksud menggigit sedikit-sedikit atau disebut juga mengunggis. | Tatabahasa | 05.02.2010 |
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi pangkal dalam ayat ini? Terima kasih. | Pangkal merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian permulaan. | Makna | 02.02.2010 |