Saya telah menggunakan carian kata DBP online ini utk istilah Supply Chain Management. Terdapat 2 perkataan yang digunakan untuk chain iaitu rantaian dan rangkaian. Boleh saya dapatkan kepastian yang mana satu betul. Saya ingin menggunakannya untuk program baharu yang akan kami bangunkan untuk UUM. Terima Kasih. | Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap tuan dapat memberikan konteks penggunaan. DBP mencadangkan istilah Pengurusan Rantaian Bekalan untuk padanan Supply Chain Management. Rantaian dipilih untuk chain bagi membezakan dengan rangkaian yang digunakan dalam teknologi maklumat. | Istilah | 29.01.2015 |
adakah cross-chain activities boleh diterjemahkan kepada aktiviti silang-rantai atau aktiviti rantaian silang? | Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa. | Makna | 14.09.2022 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "long-chain polyunsaturated fatty acids (LC-PUFA)"? Adakah "asid lemak rantai panjang politaktepu" atau terdapat padanan yang lain? | Cadangan terjemahan bagi "long-chain polyunsaturated fatty acids (LC-PUFA)" ialah asid lemak politaktepu rantai panjang | Makna | 18.07.2021 |
Saya memerlukan terjemahan nama program dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Nama Program: Diploma in Logistics and Supply Chain Management | Kami mencadangkan Diploma in Logistics and Supply Chain Management diterjemahkan kepada Diploma dalam Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan jika bersesuaian dengan konsep pengajiannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2014 |
Salam. Saya perlukan terjemahan bagi "Supply Chain Actor". Terima kasih bagi segala pertolongan tuan/puan. | Encik Muhammad Hanif, Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap saudara dapat memberikan ayat atau konteks penggunaan frasa ini. Walau bagaimanapun, terjemahan bagi 'supply chain ' ialah rantaian bekalan. Bagi perkataan 'actor' padanan yang ada hanyalah pelakon. | Istilah | 24.06.2010 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkaaan yang berikut: (a) galacto-oligosaccharide (b) long chain fructo-oligosaccharidel (c) Glucono-delta-lactose (d) Hydroxypropymethylcellulose (e) Sulphobenzoic (f) Neotame (g) Butanetetrol | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: galacto-oligosaccharide - galakto-oligosakarida long chain fructo-oligosaccharide- frukto-oligosakarida rantai panjang glucono-delta-lactose - glukono-delta-laktosa hydroxypropyl methyl cellulose - hidroksipropil metil selulosa sulphobenzoic - sulfobenzoik neotame - neotame butanetetrol - butanatetrol Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Lain-lain | 26.08.2021 |
Apa terjemahan "snow chain" ? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah snow chains ialah rantai roda. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.06.2023 |
Apakah istilah untuk "shackle" dan "mooring chain shackle and swivel" dalam Bahasa Melayu? | Cadangan padanan bagi istilah shackle dalam bahasa Melayu ialah belenggu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 15.10.2024 |
Salam sejahtera; Tujuan: Kami perlukan bantuan DBP untuk menterjemahkan tajuk ini dalam Bahasa Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan ROS TAJUK: ASIA LOGISTICS SUPPLY CHAIN COUNCIL Sekian; Sejuta terima kasih atas kerjasama anda. Kami amat menghargai . | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah MAJLIS RANTAIAN BEKALAN LOGISTIK ASIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2016 |
Apakah terjemahan untuk "alpha-like" dan "beta-like"? Contoh ayat: Normal human hemoglobins are tetrameric proteins composed of two pairs of globin chains, each of which contains one alpha-like (α-like) chain. | Kami mencadangkan alpha-like diterjemahkan sebagai "bak alfa", manakala beta-like diterjemahkan sebagai "bak beta". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 07.02.2022 |