| Apakah terjemahan bagi Pro-term Chairman? | Tidak ada maklumat tentang pro-term chairman dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengerusi Sementara jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.12.2017 |
| apakah perkataan sesuai bagi alternate chairman dalam bahasa melayu? | Istilah dalam bahasa Melayu ialah pengerusi ganti. | Istilah | 23.11.2011 |
| Mohon terjemahan tepat bagi perkataan berikut: MALAYSIA CHAIRMAN OF ASEAN 2015 | Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "Malaysia, Tuan Rumah/Pengerusi/Penganjur Persidangan ASEAN 2015" dan sila kenal pasti konteks frasa tersebut sama ada tuan rumah, pengerusi atau penganjur. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2014 |
| Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |