Chalet Production Centre | Salam Sejahtera, Mohon tuan/puan kemukakan soalan dalam bahasa Melayu dengan jelas. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Lain-lain | 17.03.2020 |
Mengapakah ejaan betul chalet dan bukan calet? Bukankah ch menjadi c dalam bahasa Melayu baku? Chandelier menjadi candelier, chef menjadi cef. Mengapakah chalet mendapat pengecualian? | Pakar bidang telah memutuskan peminjaman perkataan chalet dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan bentuk ejaan dan sebutannya. | Istilah | 11.03.2019 |
Saya ingin mendapat kepastian sama ada perkataan CHALET (yang bermaksud sejenis rumah) diterima sebagai perkataan Melayu dan dieja seperti itu. Terima kasih. | Perkataan 'chalet' merupakan kata pinjaman yang dipinjam sepenuhnya. Bermaksud kata tersebut ditulis seperti kata asalnya dan begitu juga dengan sebutannya. Jadi kata 'chalet' diterima pakai dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 11.05.2009 |
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotel | Maksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotel | Makna | 22.08.2007 |
Adakah kosa kata "chalet" dan "resort" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata dalam bahasa Melayu? Jika tidak apakah terjemahan yang tepat? | Calet ialah rumah yang dibuat dripada kayu sebagai tempat penginapan sementara pelancong. Kata ini telah digunakan sebagai kosa kata bahasa Melayu. Sementara 'resort' bermakna tempat peranginan. Kata ini tidak dijadikan kosa kata bahasa Melayu. | Makna | 26.12.2006 |