Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pusaka untuk cadangan menterjemah bagi 'System Champion' dalam Bahasa Malaysia. Untuk pengetahuan pihak tuan, 'system champion' di sini bermaksud "The key player in a particular organization, is the most important people involved in it." Saya mengguna "sistem campian" tetapi dikatakan tidak sesuai, oleh demikian saya harap pihak Dewan Bahasa dan Pusaka boleh membantu saya memberi cadangan yang terbaik. Hasil kerjasama pihak tuan akan membantu dalam pegetahuan pendidikan dan penyelidik di masa depan. Dengan ini, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, Deborah L. Paris | Cadangan untuk perkataan "System Champion" dalam bahasa Melayu mengikut huraian yang diberi: Jaguh Sistem | Makna | 24.04.2018 |
Saya ingin ayat di bawah dalam bahasa melayu 1) computational thinking 2) secondary school champion teachers Lecturer saya ingin jawapan bertulis dari DBP sebagai bukti ayat english ini di tukar kepada bahasa Melayu.. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". Kami mencadangkan secondary school champion teachers diterjemahkan sebagai "guru cemerlang sekolah menengah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2022 |
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih. | Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;. Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |