Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ so. with, a. allot duty to so., menugasi sso: he was ~d with the safekeeping of the document, dia ditugasi menyimpan dokumen itu dgn selamat; b. accuse so. of, menuduh sso: to be ~d with manslaughter, dituduh melakukan pematian orang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. demand payment of or from, mengenakan bayaran: they were ~d ten pounds a head, mereka dikenakan bayaran sepuluh paun seorang; 2. debit (to an account) mengecaj: she ~d her purchases to her husband’s account, dia mengecaj beliannya kpd akaun suaminya; 3. attack impetuously, menyerang: the striker ~d the defender in a desperate attempt to get the ball, penangkis itu menyerang petahan dlm percubaan terdesak utk mendapatkan bola; 4. command, mengarahkan: the judge ~d me to be silent, hakim mengarahkan saya supaya diam; 5. make an accusation, menuduh: the company ~d that the clerk had embezzled the money, syarikat itu menuduh bahawa kerani itu telah menggelapkan wang; 6. load, fill, mengisi: to ~ his revolver, mengisi pistolnya; 7. (electr) mengecas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. demand payment, mengenakan bayaran: to ~ for service, mengenakan bayaran utk perkhidmatan; 2. rush forward, meluru: the soldiers ~d down the hill, askar-askar itu meluru ke bawah bukit; the bull ~d at him, lembu itu meluru ke arahnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. so., st in o’s care, (approp n +) di bawah /jagaan, tanggungjawab/: to be so’s ~ until the age of 21, di bawah jagaan sso hingga mencapai usia 21 tahun; he looked after his ~s well, dia menjaga kanak-kanak di bawah jagaannya dgn baik; 4. address, instruction, panduan: the judge’s ~ to the jury, panduan hakim kpd juri; 5. orders, arahan; 6. accusation, tuduhan: the ~ of murder was changed to manslaughter, tuduhan bunuh ditukar kpd tuduhan pematian orang; press ~s, mengemukakan tuduhan; 7. sudden, violent attack, serangan, serbuan: the cavalry ~, serangan pasukan berkuda; 8. amount of explosive, isian ubat bedil; 9. (electr) cas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : leave so. in ~, menyerahkan tanggungjawab kpd sso: put so. in ~, mempertanggungjawabkan sso (+ approp v): I’ll put her in ~ of reception, saya akan mempertanggungjawabkan beliau menguruskan sambutan; take ~ of, menjaga, mengambil tanggungjawab (+ approp v): since there’s no one else who is qualified, she’ll take ~ of the department herself, oleh sebab tdk ada sesiapa yg layak, dia sendiri akan mengambil tanggungjawab mengawasi bahagian itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. cost, price, bayaran: the ~ for admission, bayaran masuk; free of ~, percuma; 2. responsibility, jagaan, tanggungjawab: I’ll have to spend some time with those under my ~, saya mestilah meluangkan masa utk orang-orang di bawah jagaan saya; in ~, bertanggungjawab: he’s the officer in ~ of local tenders, dialah pegawai yg bertanggungjawab ttg tender dalaman; the police would like to speak to the person in ~, polis hendak bercakap dgn orang yg bertanggungjawab; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata charge


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan perkataan Officer In-Charge kepada bahasa MelayuIstilah bahasa Melayu untuk officer-in-charge ialah pegawai penjaga.Istilah01.02.2012
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "corotron"? Tiada padanan yang ditemui di pangkalan data PRPM. Contoh penggunaan: Charge Corotron Maksud: Peranti yang menggunakan cas elektrik pada fotoreseptor. Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Tidak ada padanan bagi perkataan corotron dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini puan hendaklah menghuraikan konsep peralatan tersebut bagi memahamkan pembaca.Penyemakan dan penterjemahan23.06.2015
Assalamualaikum saya ingin bertanya, kebiasaannya dalam penulisan melibatkan komputer penggunaan perkataan selain Bahasa Melayu perlu diitalikkan seperti person in charge (PIC). Tetapi akronim kepada Bahasa Inggeris tersebut PIC adakah perlu diitalikkan dalam ayat Bahasa Melayu? Begitu juga penggunaan Bahasa Arab dalam ayat Bahasa Melayu.Dalam bidang teknologi maklumat PIC merujuk kepada  Picture Image Compression (PIC). Sekiranya singkatan (PIC)  digunakan dalam bahasa Melayunya, singkatan tersebut  tidak perlu diitalikkan.Istilah12.02.2020
Salam 1 Malaysia, Harap dapat perbetulkan transilasi dari bahasa inggeris ke bahasa melayu di bawah: "There is no service charge for take away items." "Tiada caj perkhidmatan untuk pesanan makanan bawa pulang." Terima Kasih.Tiada caj perkhidmatan untuk pesanan makanan bawa pulang. Terjemahan ini betul dalam konteks ayat tersebut.Penyemakan dan penterjemahan16.11.2015
Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih
Ayat yang telah dibertulkan adalah  seperti yang berikut:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.


Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Di dalam organisasi kerajaan, penggunaan perkataan "INCAS" digunakan bagi merujuk kepada ketua sekumpulan kecil pekerja dalam kerja. Dalam kamus PRPM, saya tidak menjumpai perkataan ini. Saya difahamkan ia adalah sebutan asal daripada perkataan Inggeris iaitu "In-Charge". Apakah perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan "INCAS"?Kata yang dicadangkan ialah penyelia atau penanggungjawab. Penggunaan kata ini bergantung kepada kesesuaian makna dan konteks perjawatan di sesebuah organisasi atau institusi.Lain-lain12.07.2023
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "on the cases or coverings“ dalam konteks ayat di bawah: 3. After receiving the goods into his charge, the carrier, or the master or agent of the carrier, shall, on demand of the shipper, issue to the shipper a bill of lading showing among other things— (a) the leading marks necessary for identification of the goods as the same are furnished in writing by the shipper before the loading of such goods starts, provided such marks are stamped or otherwise shown clearly upon the goods if uncovered, or on the cases or coverings in which such goods are contained, in such a manner as should ordinarily remain legible until the end of the voyage; Sama ada boleh diterjemah “on the cases” sebagai "bekas" dan “covering” sebagai “penutup” ? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "on the cases or coverings“ mengikut konteks ayat ialah pada kotak atau penutup Makna24.09.2021
assalamualaikum... saya Nor Sa'adah dari UIAM, Gombak mohon bantuan boleh saya tahu adakah terdapat bahan-bahan manuskrip Melayu dalam format digital di PRPM@DBP? saya merupakan calon PhD yang sedang membuat kajian tentang faktor-faktor penyelidik menggunakan atau tidak menggunakan bahan2 digital tersebut... jadi, saya mohon bantuan untuk mendapatkan contact no. person in charge untuk mendapatkan maklumat tersebutWassalam, Puan/cik boleh menghubungi Encik Mohd Salman bin Zainol atau Encik Salim bin Md zin daripada Pusat Dokumentasi Melayu, nombor telefon 03-2147 9630 atau 03-2147 9637 untuk dapatkan maklumat tersebut. Terima kasih.Lain-lain27.04.2017
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Hi! I tried to call your general line to enquire on translation service but your operator transferred it and I was listening to music for good 5 minutes before the call end itself. I looked through the entire website but I did not find any details on the charges for the service. I need to get PDPA Notice to be translated to Bahasa Malaysia. How do you charge and how do I get this service online? Can you please provide email and quote to my email address? jenny.pong@ansell.comSila kemukakan soalan menggunakan bahasa Melayu. Untuk makluman tuan, DBP menyediakan perkhidmatan pertanyaan bahasa seperti ejaan, istilah, tanda baca dan tatabahasa. Untuk mendapatkan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain29.08.2016
12

Kembali ke atas