Apa tafsiran yang sesuai digunakan bagi perkataan Malaysian Electronic Navigation Chart? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Electronic Navigation Chart ialah Carta Pandu Arah Elektronik Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2022 |
Perkataan Bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia perkataan berikut: a. Trend b. Linear regression c. Spatial d. Gantt Chart e. Endangered f. Vulnerable g. Critically Endangered Terima Kasih | Mohon maaf kerana DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Tuan/puan boleh mencarinya daripada kamus atau hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2014 |
Salam Tuan, Bolehkan saya menggunakan perkataan Carta Flip untuk carta yang boleh dibalikkan seperti kalendar. Adakah perkataan Carta Selakan sesuai digunakan? Adakan pihak tuan mempunyai cadangan perkataan lain untuk item ini. Semoga mendapat jawapan segera daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | Padanan yang digunakan untuk "flip chart" ialah carta selak. Terima kasih. | Istilah | 01.02.2011 |
Selamat Pagi Tuan, Saya ingin tahu tentang perbezaan antara (1) carta alir atau carta aliran (2) Malaysia Prison Depatment atau Malaysian Prison Department Saya juga ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan perbendaharaan kata supaya tidak berlaku kekeliruan perkataan mana yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih. | Carta alir dan carta aliran merujuk makna yang sama, iaitu terjemahan perkatan flow chart. Tuan boleh menyemak penggunaan kata melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh menyemak data daripada sumber kamus, istilah dan Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 22.06.2015 |