Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ so. up, (sl) mengurat sso. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi bersembang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n sembang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya kata yang sesuai untuk menggantikan "chat room". Terima kasihIstilah yang sesuai dengan "chat room" ialah bilik sembang atau bilik bual. Untuk maklumat lanjut, sila layari chat+room">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=chat+roomIstilah11.11.2015
Apakah istilah yang sesuai bagi 'group'. 'Group' disini merujuk kepada group di dalam media sosial. Adakah istilah Kumpulan Bual sesuai bagi Group ChatUntuk makluman pihak tuan/puan, istilah "group chat" tiada dalam pangkalan data kami. Pihak kami mencadangkan istilah bahasa Inggeris “chat group” bagi padanan bahasa Melayu “kumpulan bual”.Lain-lain08.07.2021
Apa terjemahan "group chat" ?Cadangan padanan bagi istilah group chat dalam bahasa Melayu ialah bual berkumpulan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.12.2024
Apakah terjemahan yang tepat untuk terma 'informal coffee and chat session'? Bolehkah ia diterjemahkan sebagai 'sesi minum kopi dan sembang santai?Frasa "'informal coffee and chat session" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu sesi minum  dan sembang santai.Makna26.10.2021
Definisi: a.telephony b. Instant Messaging c. chat roomsTelephony:Pecahan sistem telekomunikasi untuk membolehkan perhubungan percakapan, suara, dan atau isyarat dari dua atau lebih tempat pada sebarang jarak.chat rooms: bilik bual instant messaging: mesej segeraIstilah21.03.2005
Boleh saya tahu maksud 'Live Chat' yang diguna pakai ketika bertanya soalan di website dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.Salam sejahtera,

Setakat ini tiada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Live Chat". Tetapi, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Sembang Langsung.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.12.2018
Salam Sejahtera Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat bagi terjemahan berikut antara penterjemah kami dan editor berkenaan penggunaan pada/dalam. Harap pihak tuan/puan dapat bantu. Source: Bingo's click to chat feature allows you to begin a chat with someone without having their phone number saved in your phone's address book. Terjemahan 1: Ciri klik untuk bersembang Bingo membolehkan anda untuk memulakan sembang dengan seseorang tanpa menyimpan nombor telefon mereka dalam buku alamat telefon anda. Terjemahan Editor: Ciri klik untuk bersembang Bingo membolehkan anda untuk memulakan sembang dengan seseorang tanpa menyimpan nombor telefon mereka pada buku alamat telefon anda. Terima kasihPadanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan ialah:

Ciri klik untuk bersembang Bingo membolehkan anda untuk memulakan perbualan dengan seseorang tanpa perlu  menyimpan nombor telefon dalam buku alamat telefon anda.
Makna04.10.2022
Saya nak tahu penggunaan kata 'where' (di mana) dalam ayat berikut. Contohnya: A secures messages and calls while they’re being delivered to and from B, where this chat is stored and managed for C. A melindungi panggilan dan mesej semasa ia dihantar dan diterima daripada B, di mana sembang ini disimpan dan diuruskan untuk C. Apakah perkataan yang kita patut gunakan untuk ayat di atas? Untuk menggantikan penggunaan 'where'.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan "'A' secures messages and calls while they’re being delivered to and from 'B', where this chat is stored and managed for 'C'" ialah Mesej dan panggilan dari A akan dihantar dan disimpan oleh B, manakala C akan menyimpan dan menguruskan mesej dan panggilan tersebut.
Makna20.01.2021

Kembali ke atas