Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pemeriksaan doktor. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata check-up


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Member Check merupakan kaedah didalam proses triangulasi kajian kualitatif. Apakah istilah member check dalam bahasa malaysia bagi merujuk perkara ini? atau tuliskan sahaj memebr check dengan italic kan sahaja perkataan tersebut?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah member check ialah semakan peserta. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.07.2023
"front office division" boleh diterjemahkan kepada "bahagian pejabat hadapan"? Atau "bahagian penerimaan tetamu"? Nota: Fungsi bahagian ini adalah membuat pendaftaran keluar masuk (check-in & check-out) hotel dan tempahan bilik hotel.Pihak kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan Front Office Division ialah "Bahagian Meja Depan."Lain-lain18.02.2022
Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment..Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment..
Mohon tuan menghantar semula iklan untuk pengesahan DBP melalui http://prpm.dbp.gov.my dengan mengklik e-perkhimatan bagi mendapatkan sijil pengesahan. Tuan juga membuat pembetulan dalam iklan seperti yang berikut:
1. Pusat Percetakan
2. Khidmat Cetakan dan Salinan Berkualiti
Lain-lain27.08.2013
Apakah istilah bahasa Melayu untuk kata nama berikut?: • check-in (atau check in) dan • login (atau log in) ? Adakah kedua-dua perkataan check dan log di sini diterjemahkan kepada daftar sahaja? Atau ada terjemahan lain untuk tiap-tiap satunya?Terjemahan yang sesuai bagi:
Check in - Daftar Masuk
Login ialah Log Masuk 
Makna13.08.2020
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang sesuai untuk 'check' dalam ayat 'Check your connection'. Mesej ini dipaparkan pada skrin komputer apabila pengguna tiada sambungan Internet dan tidak dapat mencapai laman web. Adakah terjemahan yang betul 'Semak sambungan anda' atau 'Periksa sambungan anda'? Terima kasih atas bantuan tuan.Cadangan kami Check your connection diterjemahkan kepada periksa sambungan anda.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2017
Salam sejahtera, Adakah "self-check" sesuai diterjemahkan kepada "semakan sendiri" atau "semakan-sendiri"? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Padanan terjemahan yang sesuai untuk self-check ialah semakan sendiri atau semakan kendiri.Penyemakan dan penterjemahan18.09.2019
Dear Sir/Madam, May I know is DBP having service to check the Malay text translated from English text? If yes, can you assist to check if the Malay translation in attach Word file is correct or not?

Untuk makluman, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, tetapi menyemak ayat yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Bersama-sama ini dilampirkan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.


Makna01.07.2024
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "check and balances"? Bolehkah guna "semakan dan imbangan"?

Padanan istilah bahasa Melayu untuk check and balance dalam bidang Sains Politik ialah semak dan imbang.  Namun, semakan dan imbangan boleh juga diterima. 

Istilah17.02.2017
Salam sejahtera. Apakah padanan bahasa fast-check dan total engagements dalam konteks media sosial? Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah total engagements ialah jalinan penuh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.  Tiada penggunaan istilah fast-check dalam konteks media sosial.Istilah05.07.2023
Salam sejahtera, Adakah sengkang yang ada pada perkataan "Self-check" perlu digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu juga? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Jika semua tidak sesuai, sila berikan cadangan tuan/puan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan tanda sempang tidak digalakkan dalam penulisan bahasa Melayu kecuali untuk kata ganda. Berdasarkan carian kami, self check digunakan dalam bidang perniagaan. Mohon kemukakan dalam ayat lengkap dalam bidang kejuruteraan.Penyemakan dan penterjemahan24.04.2019
1234567

Kembali ke atas