Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n ketua tukang masak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chef


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Ini adalah butir perincian buku teks yang masih menggunakan ejaan 'chef'. Nama buku: Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan; Tahun terbitan: 2012; Tajuk: Unit 21 - Anak Malaysia; Muka surat: 94. Di dalam buku ini, dinyatakan nama Chef Wan masih dieja Chef Wan dan bukannya Cef Wan seperti ejaan yang diusulkan di dalam BM. Pendapat saya ialah kita perlu selaraskan ejaan mengikut Kamus Dewan berbanding dengan istilah yang telah mantap dalam kalangan pengguna. Hal ini adalah kerana, jika ejaan seperti ini tidak diperbetul, masyarakat akan terbiasa dan cenderung untuk menggunakan ejaan yang salah. Maka, terhasillah dua versi ejaan yang boleh mengelirukan pengguna. Walau bagaimanapun, mohon maaf jika saya terkasar kata. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Kami amat menghargai keprihatian puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan berharap perkara ini dapat diselaraskan.Lain-lain23.01.2013
Salam, apakah ejaan yang betul untuk 'chef'?Di dalam Kamus Dewan ejaan yang betul ialah 'cef' tetapi kebanyakan buku teks menggunakan 'chef'. Jadi, yang manakah betul?Mengapakah ada perbezaan ejaan sedangkan Kamus Dewan dan buku teks kedua-duanya diterbitkan oleh penerbit yang sama. Sila jelaskan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ejaan yang betul ialah cef.

Berkenaan dalam buku teks, ,ohon namakan buku tersebut dan maklumat terperinci mengenai buku tersebut seperti  tahun terbitan, tajuk dan muka surat yang menggunakan ejaan chef. Kami akan merujuk semula penerbitan buku tersebut untuk semakan. Terima kasih atas keprihatinan pihak anda.
Ejaan22.01.2013
terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke?Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan.Lain-lain06.06.2016
penggunaan manakah yang betul,"Chef Adu menyediakan saian hidangan diraja mengikut tatacara/tatatertib yang betul"

Perkataan dan ayat yang betul ialah “Cef Adu menyediakan hidangan diraja mengikut tatacara yang betul” atau  “Cef Adu menyediakan sajian diraja mengikut tatacara yang betul”.

Tatabahasa03.08.2018
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''orang yang kerjanya memasak,tukang masak,chef' terima kasih..Kami tidak menjawab soalan teka silang kata.Lain-lain17.04.2010
mohon pencerahan kenapa permohonan nama syarikat saya tidak di luluskan ye? no pendaftaran 23155/2016 , CHEF IN ACTION TWO ENTERPRISE Boleh hubungi saya 0193149183 Pn RosTiada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. DBP tidak mengesahkan jenama atau logo syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "RESTORAN" di bahagian atas sekali.Lain-lain06.06.2016
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
1. Buku:              
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.
Karya Editor:
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Majalah
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

4. Kertas Kerja
Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.
Lain-lain25.08.2015
Mengapakah ejaan betul chalet dan bukan calet? Bukankah ch menjadi c dalam bahasa Melayu baku? Chandelier menjadi candelier, chef menjadi cef. Mengapakah chalet mendapat pengecualian?Pakar bidang telah memutuskan peminjaman perkataan chalet dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan bentuk ejaan dan sebutannya.Istilah11.03.2019
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan klasifikasikan setiap satu daripada contoh yang saya berikan sama ada betul ialah kata nama am tak hidup institusi atau tidak. - makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku Bolehkah tuan/puan nyatakan beberapa lagi contoh lain selain yang terdapat di dalam tatabahasa dewan? Terima kasih. Jasa baik tuan/puan amat saya hargai.Kata nama am tak hidup institusi :
makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku
Tatabahasa08.09.2014

Kembali ke atas