Istilah abandoned child diistilah sasarkan sebagai anak terlantar yang sewajarnya diistilahkan sebagai anak terabai atau anak diabai sesuai dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjelaskan tentang pengabaian kanak-kanak. | Penggubal istilah bidang sosiologi memutuskan penggunaan “anak terlantar” untuk abandoned child. Kamus Inggeris Melayu Dewan memberikan perkataan “budak terbiar/terbuang” dan “anak buangan” sebagai padanan bahasa Melayu untuk abandoned child. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat “terbiar juga bermaksud terabai; terlantar. Oleh itu, tuan/puan boleh memilih untuk menggunakan anak terabai, anak terbuang atau anak terlantar bergantung pada penggunaan perkataan tersebut dalam ayat dan situasi. | Istilah | 18.11.2018 |
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasih | Untuk makluman, istilah "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Pada pandangan kami, "Undang-undang Antidandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak" adalah salah. Untuk mendapatkan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai, sila hubungi Bahagian Perisitlahan dan Leksikologi melalui talian 21479158/21479155. | Istilah | 08.09.2016 |
Tuan/Puan, Saya Chan, merupakan seorang penuntut Ph.D di USM. Saya ingin minta khidmat nasihat untuk ayat berikut dalam Bahasa Melayu Statutory child protection practice in Malaysia Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk Statutory child protection practice in Malaysia ialah Amalan Perlindungan Kanak-kanak di Malaysia dari segi Undang-undang. Jika padanan yang kami berikan tidak sesuai, mohon hantar abstrak tajuk tersebut supaya kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang lebih sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2018 |
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti-grooming law secara umumnya ialah undang-undang antiantun dan istilah child sexual grooming ialah antun seksual kanak-kanak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.01.2024 |
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak. Terjemahan asal : Child Exposure to Domestic Violence Scale. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "child exposure to domestic violence scale" ialah pendedahan kanak-kanak terhadap skala keganasan rumah tangga. | Makna | 06.12.2021 |
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima  penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 01.06.2013 |
BOLEHKAH KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN DALAM BAHASA INGGERIS? LITTLE DSAFEA CHILD CARE CENTRE | Perkataan ini boleh digunakan kerana telah berdaftar dengan pihak SSM. | Lain-lain | 16.03.2021 |
Assalamualaikum wr wb. Saya mempunyai masalah uuntuk menterjemahkan 'Giving Your Child Head Start in Life' ke dalam bahasa Melayu. Boleh saya tahu apa terhemahan yang terbaik untuk digunakan? Terima kasih. | Mohon berikan terjemahan terlebih dahulu dan pihak kami akan membantu penyusunan tatabahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2019 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hours of the day between which" dalam konteks ayat di bawah: "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance." Sama ada boleh diterjemah sebagai "waktu-waktu yang antaranya"? | Untuk makluman, padanan terjemahan langsung tidak terpakai untuk padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kerana kedua-dua bahasa mempunyai struktur ayat yang berbeza. Padanan “hours of the day” dalam bahasa Melayu ialah waktu tertentu dalam sehari. Untuk frasa "the hours of the day between which a child or young person shall not take part in a public performance" boleh dipadankan dengan frasa bahasa Melayu waktu tertentu dalam sehari yang tidak membenarkan kanak-kanak atau orang muda mengambil bahagian dalam persembahan. | Makna | 02.07.2021 |
Salam pihak DBP. Apakah terjemahan yang tepat/sesuai bagi "kinds of time." Contoh: Kinds of time. A child has to learn three kinds of time which are personal experience, social activity, and culture. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa kinds of time ialah jenis masa. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2024 |