Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata chomsky |
|
|
Khidmat Nasihat
kelebihan aliran transformasi genaratif | Menurut Teori TG (Transformasi generatif ) yang telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sasuatu bahasa. Untuk membantu saudara mendapatkan kelebihan terperinci aliran transformasi generatif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 19. | Tatabahasa | 06.03.2007 |
apakah tatabahasa transformasi generatif? | Dalam tatabahasa generatif, ayat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan dalaman. Hubungan butir linguistik dlm ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa, pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi. Tatabahasa ini dipelopori oleh Noam Chomsky, 1957. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas? | Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky. | Tatabahasa | 09.08.2010 |
Apakah yang dikatakan sebagai "teori linguistik"? dan nyatakan teori yang terdapat dalam pengkajian linguistik? | Sila rujuk bahan ini : 1. Teori Linguistik oleh Arbak Othman. DBP : 2004 2. | Lain-lain | 01.02.2008 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close