Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, saya ada soalan mengenai istilah. Apakah istilah BM untuk chicken chop atau lamb chop. Saya ada merujuk dalam web PRPM dan menggunakan cop ayam atau cop kambing, namun kedua-duanya kelihatan/kedengaran canggung. Adakah cadangan bagi istilah BM untuk istilah-istilah itu yang lebih umum dan diterima pakai oleh masyarakat kita? Sekian, terima kasih.Betul, padanan bagi chicken chop dan lamb chop ialah cop ayam dan cop kambing. Berkemungkinan agak janggal kerana penggunaan perkataan tersebut belum lagi meluas. Oleh itu, dharapkan usaha kita ini dapat menyebar luas istilah yang telah lama dibina tetapi kurang digunakan.Istilah03.08.2018
sila chop "disahkan bahasa melayu dalam iklan ini betul". our reference email is marinedongdong@gmail.com terima kasih.Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disemak. Sila buat pembetulan dan hantar semula. Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain02.10.2012
bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah: Chicken Chop - Kaki Ayam tanpa TulangTerjemahan bagi perkataan Chicken Chop ialah Cop Ayam.Lain-lain04.12.2021
Salam sejahtera, saya ingin tahu adakah "cop ayam" istilah BM betul untuk "chicken chop"? Terima kasihMenurut data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, maksud chicken chop ialah Cop AyamMakna10.01.2017
Tuan/ Puan, Minta Tolong chop and signed bagi kita (Papan Iklan) Sebab hari ini MBIP suruh kita datang Dewan bahasa. Tetapi kita sampai tahu tak ada orang. MBIP cakap tunggu kita ambil balik itu sahaja.

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my 

kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. 

Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut.

Lain-lain20.05.2020
How much is the translation fees and I need a chop of the certified translator with it.Pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, jika tuan ingin mendapatkan perkhidmatan ini tuan boleh menghubungi pihak INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA BERHAD (ITBM) melalui laman web itbm.com.my Lain-lain23.09.2016
SAYA LAMPIRKAN LAKARAN PAPAN IKLAN YANG PERLU DISEMAK EJAAN DAN MENDAPAT CHOP KELULUSAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SEBELUM PERMOHONAN LESEN DIKELUARKAN.Untuk pengesahan iklan sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.09.2014
Saya perlu memohon Lesen perniagaan dan Majlis Perbandaraan Petaling Jaya dan diminta untuk mendapatkan pengesahan bahasa untuk papar iklan. saya lampirkan fail sini minta tolong chop pengesahan supaya dapatkan perlesenan. Sekian Terima Kasih.Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain10.07.2015
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.. Saya Masni Meriamin mewakili Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad mohon dapatkan maklum balas dari pihak Tuan. Pejabat kami hendak memohon Lesen perniagaan di Pejabat Daerah Putatan. Soalan saya, selain contoh papan tanda dokumen apa lagi yang perlu kami bawa ke pejabat tuan untuk mendapat chop pengesahan? terima kasihWassalam,

Untuk makluman, semakan iklan melalui kunjungan hanya perlu membawa contoh visual iklan (papan tanda) tersebut dan mengisi borang maklumat pelanggan yang boleh didapati di kaunter.
Lain-lain10.08.2018

Kembali ke atas