1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya. | 1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan 2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul. 4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Adakah kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri? | Kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri yang digunakan dalam konteks tidak rasmi. Dalam suasana rasmi hendaklah digunakan kata ganti nama diri "saya". | Tatabahasa | 23.05.2014 |
Wujudkah kata ganda untuk perkataan berikut: i) mak cik ii) pak cik Difahamkan kedua perkataan tersebut harus dieja seperti yang tertera di atas. Jika wujudnya kata ganda, adakah ia akan dicantumkan seperti contoh; makcik-makcik & pakcik-pakcik? Terima kasih. | Mak cik dan pak cik lazimnya ditemukan dalam wacana tidak rasmi kerana dalam bentuk rasmi penggunaan yang betul ialah ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun sekiranya ada keperluan untuk menggandakan perkataan tersebut, ejaan yang betul ialah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik. | Ejaan | 10.03.2020 |
bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasih | Ejaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 16.01.2010 |
(1) Kata ganti nama encik masih boleh digunakan untuk wanita seperti yang terdapat dalam filem Melayu hitam putih. (2) Kata ganti nama cik pula boleh digunakan untuk lelaki seperti Cik Abu, Cik Bakar dan Cik Harun. (3) Adakah sumber rujukan berwibawa terbitan DBP yang mengatakan kata ganti nama cik itu khusus untuk wanita yang sudah berkahwin? Mohon penjelasan. | Dalam Kamus Dewan encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya, manakala cik biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali. | Makna | 19.09.2009 |
Hi Tuan dan Puan, saya ingin bertanyakan perkataan "Pakcik". Perkataan Pakcik ditulis sebagai " Pak Cik" @ "Pakcik". Pak dan Cik perlu dipisahkan? dan Cik perlu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih dan berharap akan mendapat jawapan daripada Tuan dan Puan secepat mungkin. | Ejaan yang betul ialah pak cik (dua perkataan dan huruf kecil) dan apabila menjadi kata nama dieja dengan huruf besar seperti Pak Cik Ahmad. | Ejaan | 12.07.2011 |
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ? | Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik Farhan | Ejaan | 16.03.2013 |
Pak Cik Salleh atau Pak cik Salleh? | Frasa yang betul ialah Pak Cik Salleh... | Ejaan | 25.07.2013 |
Tuan, kata sapaan seperti mak cik, pak cik, abang, kakak dan adik kerap kedengaran digunakan di gerai dan kedai, terutamanya di kampung. Kebanyakan orang suka panggilan hormat ini kerana berasa hubungan sesama sendiri akrab. Ada pula ahli/guru bahasa mengatakannya tidak sesuai. Bagaimana? | Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban. | Lain-lain | 04.11.2009 |
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri Men | Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti. | Lain-lain | 25.11.2015 |