Assalamualaikum, mohon jasa baik tuan/puan/cik puan untuk menjelaskan penggunaan kata sendi yang tepat bagi ayat di bawah. 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. 2. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu dari dalam. Segala jasa baik daripada pihak tuan/puan/cik puan didahului dengan ucapan terima kasih. | 1. Urutan dapat merangsang tonus otot, dan memudahkan aliran tenaga, supaya badan bayi dapat memperoleh sumber tenaga itu daripada dalam. - penggunaan kata sendi nama daripada yang paling tepat kerana merujuk sumber. | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Assalamualaikum, Mohon penjelasan daripada tuan/puan/cik puan yang budiman, memberi pencerahan kepada persoalan-persoalan saya ini. Antara berikut, penggunaan kata sendi yang manakah lebih tepat dalam ayat di bawah: 1. a) Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan di dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. | Kedua-dua ayat yang diberi adalah sama. Walau bagaimanapun merujuk pertanyaan saudara tentang penggunaan kata sendi, ayat yang betul ialah Bayi mempunyai lebih banyak kelenjar deria sentuhan dalam kulit mereka, sehingga mereka berumur tiga tahun. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 03.03.2009 |
Di dalam penulisan surat rasmi, apakah kata sapaan tepat untuk seorang pegawai atasan wanita yang belum berkahwin. Adakah ianya Cik, Puan atau Cik Puan? Sekian, terima kasih. | Gelaran Puan paling sesuai walaupun pegawai atasan tersebut belum berkahwin da puan adalah panggilan hormat untuk perempuan. Harap maklum. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'. | Cik Puan Zafirah, Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut: Contoh: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 31.05.2009 |
A)nama saya ialah Alice B) nama saya Alice ayat mana yang betul? terima kasih | Cik Puan Shuit Sew, Jika dilihat sepintas lalu, kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat (a) perkataan ialah boleh digunakan dan tidak salah jikalau kita tidak mahu menggunakannya (pilihan). Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis sifatnya ialah: (a) Nama saya ialah Alice. ( Nota: perkataan ialah dalam ayat tersebut merupakan kata pemeri/tugas yang berfungsi sebagai penerang atau memerihalkan namanya ialah Alice ). | Tatabahasa | 01.06.2009 |
Adakah kata sapaan “cik puan” sesuai untuk menyapa petugas wanita di kaunter hotel? | Kata sapaan yang lebih tepat dalam kontes ini ialah puan. | Istilah | 29.12.2009 |
which term is officially use currently "Bahasa Malaysia" or "Bahasa Melayu" Thanks | Cik Puan Nurharjanah, Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 28.05.2009 |
Apakah gelaran/panggilan rasmi bagi seorang perempuan yang berjawatan Ketua Jabatan yang berstatus janda? Puan atau Cik Puan | Gelaran/panggilan yang sesuai ilah Puan. | Makna | 21.03.2011 |
Benarkah panggilan / gelaran bagi seseorang janda itu ialah cik puan ? Atau hanya puan sahaja? Keadaan ini saya ada terjumpa / lihat di dalam buku aturcara sesuatu program di sekolah. Tolong beri penjelasan. Terima kasih. | Sdr. skseritiram, secara rasminya memang kita gunakan gelaran puan, panggilan ini digunakan tanpa mengira seseorang itu sudah berkahwin atau belum. | Makna | 16.07.2007 |