baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta? | Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010. | Lain-lain | 29.09.2010 |
Assalamualaikum, Editor Tunas Cipta. Sebagai pembaca yang mengikuti perkembangan Tunas Cipta, bagaimanakah caranya untuk mengirim makalah atau esei kesusasteraan ke majalah Tunas Cipta? | Khay Barbara:saudara boleh e-mel karya ke alamat ini ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2012 |
Assalamualaikum... Saya ingin mengetahui tentang undang-undang hak cipta, terutamanya yang berkaitan dengan penterjemahan bahan. Terima kasih. | Akta Hak Cipta 1987 melindungi sesuatu karya daripada sebarang pengeluaran semula dalam apa bentuk atau versi sekalipun. Ini bermakna sebarang pengeluaran semula (termasuklah penterjemahan bahan tersebut) perlulah mendapat keizinan daripada tuan punya hak cipta karya tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu karya itu boleh diterjemah untuk apa tujuan sekalipun. Terima kasih. | Lain-lain | 11.11.2009 |
1. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Mari Berinovasi & Berkolaborasi ! 2. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Bersama Berinovasi & Berkolaborasi ! Terima Kasih. | Tiada soalan yang saudara kemukakan. Jika diminta pandangan kami tentang slogan tersebut, bagaimana kita mahu mencipta nilai untuk pelanggan kerana lazimnya pengeluar produk memberi jaminan tentang produk dan servis kepada pelanggan. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
Saya nak bertanya yang mana betul . Reka cipta atau rekacipta | Ejaan yang betul ialah "reka cipta". | Ejaan | 17.08.2015 |
Boleh beri saya nama pengarah Unit Hak Cipta dan email beliau. Saya ingin bertanya tentang hak cipta buku saya. | Ketua Bahagian Harta Intelek ialah Puan Hajah Asiah binti Daud. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel asiah2@dbp.gov.my | Lain-lain | 09.11.2012 |
MEMOHON KELULUSAN HAK CIPTA KARYA TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI TUJUAN FINAL YEAR PROJECT Salam sejahtera tuan/puan, nama sayaLEE AI YU, pelajar tahun 2 bagi kursus Terjemahan dan Interpretasi (BATI) dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk memohon kelulusan hak cipta karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan sumber bagi Final Year Project kami dalam kursus Projek Terjemahan (HBT 311). Dalam kursus HBT 311 ini, kami akan menganalisis dan menterjemah sebuah teks sumber kepada bahasa sasaran kami iaitu bahasa Cina di bawah bimbingan penyelia kami, Profesor Madya Dr. GOH SANG SEONG. Oleh itu, saya mewakili kumpulan saya yang terdiri daripada NG DEVNIN, TAN HUI YIN dan TOH CHENG CHZEE ingin memohon kelulusan hak cipta buku "MITOS PERIBUMI MALAS" cetakan 2016 yang ditulis oleh SYED HUSSEIN ALATAS sebagai bahan sumber bagi kursus Projek Terjemahan, HBT 311. Saya amat berharap permohonan kelulusan hak cipta ini akan tuan/puan pertimbangkan. Sekian, terima kasih. | Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.07.2024 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'hakcipta'. Adakah 'hakcipta' atau 'hak cipta'? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah hak cipta. | Ejaan | 27.04.2015 |
Adakah Tunas Cipta dan Dewan Pelita majalah yang sama ? Dan dimanakah saya boleh belinya ? Adakah majalah atau buku ini terbitan bulanan ? Akhir sekali bolehkah saya membeli dengan harga promosi, jika buat pesanan untuk setahun ? | Untuk makluman, Tunas Cipta dan Dewan Pelita merupakan dua majalah yang berbeza. Saudara boleh mendapatkan kedua-dua majalah tersebut di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.01.2017 |
Ravi akan menyertai pertandingan reka cipta kalau ada kategori berkumpulan. adakah perkataan "kalau" yang diikuti "ada" digunakan dalam ayat ataupun "kalau" diikuti "terdapat" mohon penjelasan | Ayat yang gramatis, Ravi akan menyertai pertandingan reka cipta sekiranya terdapat kategori berkumpulan. | Tatabahasa | 10.01.2017 |