Kata seru "Nah" merupakan jawapan yang betul. Mengapakah jawapan "cis" tidak sesuai? | Kata cis digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau mencemuh. | Tatabahasa | 13.05.2016 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih. | “_______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini!” kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II. cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih. | Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll). Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2020 |
______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segera | Kata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai. Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cis | Ayat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasih | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 22.12.2013 |
Saya Muhammad faezeen Latiff. Sedang belajar bahasa Melayu dasar. Di Universiti fatoni Thailand. Ingin bertanya DBP tentang tata bahasa. Apakah kata seru? Terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Saya Azuwa Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni. Ingin pertanya DBP tentang tatabahasa. Apakoh pengertian kata seru. Terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
saya Anas chesor sedang belajar bahasa Malayu dasar. di Universiti Fatoni selatan Thailand. ingin bertanya DBP tentang Tatabahasa. apakah Kata seru ? terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Saya Muhammad faezeen Latiff. Sedang belajar bahasa Melayu dasar.Di Universiti fatoni selatan Thailand ingin bertanya DBP tentang Tata bahasa.Apakah kata Seru? Terima kasih. | Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255. | Tatabahasa | 08.12.2013 |