| Salam. Apakah istilah sasar bagi "Cloud Storage" dan "Cloud Computing"? | Cadangan perkataan yang sesuai bagi perkataan cloud storage dan cloud computing ialah storan awan dan pengkomputeran awan. | Istilah | 07.10.2020 |
| Tuan yang berkenaan, Apakah terjemahan yang betul untuk istilah 'Cloud Computing' dan 'Cloud Services' bagi bidang komputer/IT? Saya telah mencari di dalam Carian Kata namun gagal menjumpainya. Terima kasih | Belum ada lagi istilah cloud dalam bidang Komputer atau Teknologi Maklumat, manakala dalam bidang-bidang lain seperti Fizik, Kejuruteraan dan Komunikasi istilah cloud diterjemahkan kepada awan. Berdasarkan istilah tersebut kami cadangkan padanan cloud computing dan cloud services ialah pengkomputeran awan dan servis awan. | Istilah | 17.08.2011 |
| Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer. | Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik. | Istilah | 18.07.2011 |
| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Cloud Browser"? Adakah "Pelayar Awan" sesuai digunakan? Terima kasih. | Tiada padanan untuk "Cloud Browser" dalam bahasa Melayu. Namun, untuk istilah "Cloud Computerizing" DBP mencadangkan "Pengkomputeran Awan", maka untuk istilah "Cloud Browser" istilah "Pelayar Awan" boleh digunakan. | Istilah | 02.11.2013 |
| Salam. Apakah terjemahan "cloud" dalam bahasa Melayu (konteks IT atau komputer). Contoh ayat: "Direct link to your settings in the cloud" (Pautan langsung kepada tetapan anda di awan?) | Dalam bidang Teknologi Maklumat, istilah clod computing diterjemahkan kepada pengkomputeran awan. Klik cloud">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cloud dan klik domain Istilah Malaysia untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2014 |
| Apakah perkataan dalam bahasa bagi Cloud Kitchen? | Berdasarkan semakan data kami, padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: cloud kitchen - dapur awan Maklumat boleh dicapai melalui https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cloud+kitchen&d=226112&#LIHATSINI | Lain-lain | 23.08.2021 |
| Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk cloud computing? | Padanan cloud computing ialah pengkomputeran awan. | Istilah | 08.11.2011 |
| Apakah itu Cloud Computing? | Padanan istilah bahasa Melayu untuk cloud computing ialah pengkomputeran awan. Pihak kami tidak mempunyai huraian tentang istilah tersebut. | Istilah | 19.06.2012 |
| Apakah terjemahan Bm untuk tag cloud? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "tag cloud". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kelompok perkataan. | Istilah | 26.01.2017 |
| Mohon dapatkan cadangan nama Seksyen Government Secured Private Cloud ke dalam Bahasa Melayu. t/kasih | Istilah "Secured Private Cloud" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat berikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 07.03.2016 |