Apakah translasi bagi 'Co-created by' selain daripada Dibawakan oleh? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk co-created. Istilah bahasa Melayu untuk create ialah cipta. Oleh itu cadangan padanan bahasa Melayu untuk co-created ialah Dicipta bersama oleh. | Istilah | 20.09.2012 |
maksud co-management. ayat ini digunakan dalam pengurusan taman negara. | Pengurusan bersama | Makna | 28.11.2007 |
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat. | Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 01.11.2011 |
maklumat boleh didapati melalui laman web ABE di www.abeuk.co.uk maklumat boleh didapati melalui di laman web www.abeuk.co.uk Ayat mana yang betul? | Puan Azian, Ayat yang betul ialah "maklumat boleh didapati melalui laman web www..." | Tatabahasa | 10.02.2010 |
Celcom a TM Co. | Celcom syarikat TM | Lain-lain | 18.05.2007 |
Katakan saya maknakan 'value co-creation' = ' nilai cipta-sama'. Apakah peranan '-' dalam english sama dgn BM. Apakah perlu '-' dalam penulisan. | Dalam penulisan bahasa Melayu tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat ysang telah diapit tanda petik (" "). Untuk penggunaan tanda petik tunggal dalam bahasa Inggeris, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 22.02.2012 |
1. Tips and treats 2. Microsoft Group of Co. | 1. Panduan dan peringatan 2. Kumpulan Syarikat Microsoft | Lain-lain | 11.02.2009 |
Tuan, Penghormatan saya yang adalah pelajar tahun mengambil mata pelajaran utama dalam Psychology di universiti kebangsaan Singapura. Saya adalah masa ini melakukan satu psikolinguistik kertas penyelidikan dan ia adalah pada dasarnya kira-kira mengira phonotactic kemungkinan-kemungkinan segmen-segmen kata Melayu (eg. co kejadian huruf-huruf vokal seberang suku kata, co keberlakuan konsonan-konsonan dengan permulaan atau koda, dan sebagainya.). Dengan eksperimen psikologi tindakan susulan, kebarangkalian-kebarangkalian ini akan cahaya bangsal kepada bagaimana orang belajar dan perkataan-perkataan Melayu proses. Boleh saya bertanya jika ada sebarang pangkalan data dalam talian di mana laluan tambahan saya untuk satu senarai yang lengkap perkataan-perkataan Melayu? Jawapan anda dan membantu akan sangat membantuku dalam penyelidikan saya. Terima kasih | Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh berhubung dengan pegawai dari Bahagian Penyelidikan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka atau saudara boleh e-mel kepada izan@dbp.gov.my .(Encik Sharifullizan Malek) | Lain-lain | 21.08.2007 |
Merujuk kepada No. Pendaftaran 6450/2012. Tajuk Permohonan Kilang Percetakan Dinamik Erajaya Sdn Bhd Co. No. 882076-H dari Syarikat Dinamik Erajaya Sdn Bhd. Bertarikh 10/05/2012 dan status tidak lulus. Boleh bagi tahu dengan lebih jelas bahagian mana yang perlu diperbetulkan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Kami telah merujuk iklan yang dihantar. Sila tukar perkataan PERCETAKAN kepada PENCETAKAN. | Lain-lain | 10.05.2012 |
I am writing from AirAsia Academy and would like to know the correct terminology for the different positions that pilots hold in an airline. What is the correct Bahasa Malaysia term for the following: 1. Commander of the Aircraft 2. Captain 3. Co-pilot 4. First Officer (also pilot in the cockpit who works with Captain/commander of the aircraft) Would appreciate a response soonest. Thank you. Regards Brenda Marshall | Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Pesawat Udara 2. Kapten 3. Pembantu Juruterbang 4. Pegawai pertama (jika membawa maksud "pilot", padanannya "juruterbang) | Istilah | 09.08.2009 |