cogan atau cogan kata | Makna cogan ialah panji-panji atau lencana sebagai lambang; atau disebut juga cogan kata. | Makna | 29.05.2008 |
Salam, saya memerukan penerangan bagi maksud dan contoh setiap perkara di bawah: a. Tagline b. Motto c. Slogan | Tagline ialah slogan, iaitu kata-kata keramat yang dijadikan pegangan atau disebut juga cogan kata. Moto ialah cogan kata. Ini bermakna tagline dalam bahasa Melasyu ialah slogan atau cogan kata atau moto. | Makna | 22.11.2012 |
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali. | Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogankan mempunyai sesuatu sebagai slogan; bercogankatakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu. Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.
| Tatabahasa | 11.09.2013 |
Huraian bagi perkataan "MOTO" | juga bermaksud cogan kata yang sering digunakan dalam sesebuah organisasi atau syarikat. | Tatabahasa | 23.10.2007 |
Adakah perkataan ' keterjelmaan" wujud dan boleh digunakan dalam ayat atau cogan kata. Saya pernah terjumpa satu visi sekolah yang menggunakan perkataan 'keterjelmaan, Terima kasih | Perkataan keterjelmaan tidak ada dalam bahasa Melayu. Untuk menggantikan perkataan ini yang membawa makna yang sama ialah terjelma, penjelmaan. Tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. | Makna | 09.08.2008 |
saya mahu minta pendapat/bantuan berkenaan perterjemahan bahasa english untuk syarikat saya. ini ada lah logo / cogan kata syarikat saya. | Kami cadangkan slogan kedua "Pengaliran Wang demi Kebaikan" digunakan. | Tatabahasa | 22.06.2012 |
Pihak kami sedang merancang mengadakan program berkaitan kesihatan untuk komuniti. Program ini akan melibatkan pengguna. Bercadang menggunakan tagline = "Kenali Ubat, Komuniti Sihat Sejahtera. Mohon pandangan pihak tuan tentang kesesuaian bahasa dalam tagline tersebut | Cogan kata yang dicadangkan boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.02.2012 |
Saya merujuki buku “Ulang Kaji Total Bahasa Melayu Terkini Tingkatan 1, 2, 3, PMR” terbitan Sasbadi, 2006, halaman 245 – 246. Dinyatakan bahawa (1) kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan judul buku (2) kata majmuk seperti tanah tinggi dan kompleks beli belah dan (3) cogan kata, simpulan bahasa, ungkapan dan sebagainya dikira sebagai sepatah perkataan. Contoh lain yang dianggap sebagai sepatah perkataan berdasarkan panduan itu ialah “Syed Muhammad Amin”, “Kota Kinabalu”, “bahasa jiwa bangsa” dan “bagai menatang minyak yang penuh”. Apakah pendirian KNDBP? | 1. Pendirian kami jelas, iaitu seperti yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu termasuklah nama orang, nama tempat dan judul buku. 2. Tanah tinggi ialah frasa nama dan kompleks beli-belah ialah kata majmuk. 3. Dalam contoh yang diberikan, perkataan dikira berdasarkan jumlah kata yang terkandung dalam ungkapan tersebut. Walau bagaimanpun hal ini mungkin berbeza dengan skema peperiksaan. Lazimnya kami akan mengingatkan pengguna untuk tujuan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada pihak yang berwajib melalui guru di sekolah. Wallahu'alam. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan | Puan Ulysess, 1. Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk cogan kata agensi tersebut betul, iaitu Pertanian ialah Perniagaan. 2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini: (a) Abu (ialah) guru sekolah. (b) Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya. Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu, kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah. | Tatabahasa | 08.04.2009 |