Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. working together, kerjasama; in ~ (with so.) secara usaha sama dgn sso; 2. cooperation (with enemy) persubahatan, bersubahat, bersekongkol: a man accused of ~ with the enemy, orang yg dituduh bersubahat dgn musuh. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata collaboration


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh berikan contoh yang sesuai dengan perkataan collaboration? Jabatan ingin menggunakan ayat 'The event that have collaboration with us will get....' Pemahaman kami di sini adalah kerjasama dalam menjalankan peristiwa. Kerjasama di sini lebih kepada pengurusan peristiwa tersebut. Jika peristiwa sebagai contoh seminar, dan ada penceramah dari pihak kami, adakah itu mencapai maksud 'collaboration?'Padanan makna collaboration ialah kerjasama.Istilah11.05.2011
Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb.Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama.Istilah27.11.2011
Asalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah "Kolaborasi Multiprofesional" sebagai menggantikan Multiprofessional Collaboration di dalam Bahasa Inggeris untuk penulisan ilmiah. Adakah istilah itu sesuai? Saya keliru untuk menggunakan perkataan Multi- atau perlukah saya menggunakan istilah seperti Kolaborasi Pelbagai Profesional atau Kolaborasi Multidisplin? Sekian, Terima Kasih.Waalaikumussalam. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk Multiprofessional Collaboration ialah Kerjasama Pelbagai Bidang. Sekian. Terima kasih.Istilah22.09.2017
Selamat sejahtera, saya ingin mendapatkan terjemahan bagi: 1) Digital communication and collaboration 2) Digital health and welfare - Physical and psychological well-being in a digital world 3) Digital rights and responsibility - Requirements and freedoms extended to everyone in a digital world 4) Digital security and privacy Terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan15.06.2020
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu yang betul untuk 'suite' dalam contoh berikut: A suite of collaboration softwares. (Suit/Set perisian kerjasama). Terima kasih.Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk istilah "suite" ialah suit.Istilah26.11.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian.Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan.
1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja
2. Employee Work Intention – niat bekerja
3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi
4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial
5. Work Cognition – kognisi kerja
6. autonomy - autonomi
7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin
8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja
9. collaboration – kerjasama
10. distributive justice – keadilan teragih
11. feeback – maklum balas
12. growth - berkembang
13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat
14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara
15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong
16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju
17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
Istilah04.06.2018
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI 4, KOLABORASI BERMAKNA BERSUBAHAT UNTUK KERJA JAHAT. JAWAPAN YANG DIBERIKAN UTK SOALAN SAYA AMAT KONTRA DENGAN MAKNA DALAM KAMUSBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa27.11.2015
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. MOHON PENJELASAN PENGGUNAAN PERKATAAN "KOLABORASI". BOLEH ATAU TIDAK PERKATAAN INI DIGUNAKAN UNTUK MEMBERI TAKRIFAN KEPDA PERBUATAN BAIK.Kamus Dewan menakrifkan kolaborasi sebagai subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan pula menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa24.06.2016
Mohon penjelasan mengenai perkataan KOLABORASI, 1. apakah maksud perkataan ini sudah dikemaskini oleh DBP memandangkan ramai individu dan organisasi menggunakan perkataan KOLABORASI seerti dengan KERJASAMA YANG BAIK walaupun maksud dalam Kamus Dewan sebaliknya. 2. moto " Budaya KOLABORASI Penentu Kecemerlangan" telah digunakan oleh sebuah organisasi kerajaan. Betulkah penggunaan perkataan KOLABORASI pada moto ini sekian, terima kasihDalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Perniagaan, istilah kolaborasi digunakan bagi mengungkapkan maksud kerjasama. Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana dan diungkapkan sebagai kolaborasi.Tatabahasa27.05.2014
12

Kembali ke atas