Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. institution for higher or professional education, maktab, kolej: teachers’ ~, maktab perguruan; technical ~, maktab teknik; 2. any division or school of a university, kolej: the ~s at Oxford and Cambridge, kolej-kolej di Oxford dan Cambridge; 3. organized body with common profession, duties, etc, kolej: the Royal C ~ of Surgeons, Kolej Diraja Pakar Bedah; electoral ~, badan pemilih. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata college


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda?Wassalam,

Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
Lain-lain08.03.2017
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWIKOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWILain-lain01.12.2010
saya ingin bertanya, jika saya ingin mengunakan bahasa Inggeris untuk iklan boleh ke? banyak yang saya lihat ramai menggunakan papan iklan berbahasa inggeris. saya telah membuat pengesahan bahasa namun, tidak lulus..dan perlu ditukar ke bahasa melayu. jika saya ingin kekal kan kepada bahasa Inggeris bagaimana? IKLAN SAYA : RICHWORKS BUSINESS COLLEGERichworks Business College ialah nama syarikat, nama syarikat tidak perlu diubah. Namun begitu untuk paparan di tempat awam dalam negara kita perlu ada keterangan dalam bahasa Melayu. DBP hanya menyemak penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2015
Selamat Sejahtera, Saya salah seorang pensyarah dari Help College, Kuala Lumpur ingin bertanya samaada DBP boleh menaja buku-buku atau majalah untuk salah satu upacara tahunan di kolej :World Book Day 2014. Upacara ini akan dihadiri oleh sasterawan Negara Pak Samad Said. Kami akan menjemput lebih kurang 100 pelajar sekolah menengah. Majilis ini akan dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar-pelajar kolej. Saya berharap pihak DBP boleh membuat tajaan untuk upacara ini.

Tuan boleh menghantar permohonan tajaan dengan menulis surat rasmi kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Selain itu, tuan juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my .

Lain-lain26.03.2014
Selamat petang tuan. Saya Leveniya Mahalingam. Seorang pelajar di india-jaharharlal nehru medical college, belgaum. Saya seorang pelajar dalam bidang perubatan. Kita pelajar-pelajar malaysia ingin mengadakan "malam Malaysia". kita perlukan satu theme yang menunjukkan pelbagai bilangan kaum- melayu, india dan cina. tuan ang tolong kita carikan saya: leveniya@hotmail.com terima kasih.Kami cadangkan saudara memberi nama majlis tersebut seperti Malam Mesra Malaysia - merujuk majlis yang diadakan khusus untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum beramah mesra.Lain-lain27.11.2008
saya ingin semak perkataan untuk papan tanda iklan untuk kolej baru kami. RICHWORK BUSINESS COLLEGE AZIZAN OSMAN EDUCATION GROUP SDN BHD LOT 1034, BLOCK 3, NO 5,6,7, PRESINT ALAMI, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain29.07.2015
How to translate the below paragraph: We are pleased to enclose 2 copies of bulletin for your reading pleasure. Within this newsletter you will find the progress and milestones college has achieved, as well as highlights of staff and students activities.Kami dengan senang hati menyertakan bersama-sama ini  2 salinan buletin untuk keseronokan pembacaan anda. Dalam surat berita ini, anda akan dapati bahawa kemajuan dan pencapaian kolej telah dicapai, yang menekankan aktiviti kakitangan dan  pelajar.Lain-lain24.06.2014
Salam Adakah frasa 'nama korporat' wujud ? Sebagai sebuah sekolah , saya ingin memendekkan nama sekolah saya. Contoh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR kepada SEBIJAK. adakah SEBIJAK itu 'nama korporat'? Atau apakah istilah yang sesuai bagi memendekkan nama? Malay College Kuala Kangaar MCKK. Adakah MCKK itu nama korporat? ATAU sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, KKB, SEMEKAP itu nama korporat ? TerimakasihNama korporat ialah nama yang biasa dikenali bagi sesebuah badan korporat.  Untuk lebih memudahkan sesebuah oranisasi, akronim lazimnya digunakan seperti  MARA, LHDN, MCKK dan banyak lagi.

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata).
 

Tatabahasa07.07.2013
Greetings to you. Allow me to introduce our programme. I am attached to a nonprofit that works with a select group of secondary school students (Ages 13-18) from underserved communities in Malaysia. Around 200 students are recruited in a year, following a careful selection process, and they remain in the programme for 5-7 years, until they enter college. While the students get ample opportunities to develop themselves academically, we also working with the teenagers to mold them as good citizen and role model for their community. Part of the activities we plan to organize writing skills training or workshop. I would like to explore the opportunity for our scholars to participate in DBP workshop in future. Hence this e-mail. Kindly advise how we may make avail for the resources that DBP has to incorporate within our programme, and what are the next steps if there are any possibilities to work together with your esteem organization? Thanking you in advance for your response.Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Lain-lain04.09.2015
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ?Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic).  Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya.  Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic).  Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang.  Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap.  Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang.  Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi.  Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri  epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut:

1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan    diangkat menjadi tokoh legenda

2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh  pengarangnya pada masa itu.  Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan.

3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa  keistimewaan termasuk ilmu sakti

4)Ilmu Sakti Pembantu Wira

5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan  sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. 

Lain-lain21.04.2008

Kembali ke atas