| Istilah atau terma apa yang lebih baik dan tepat bagi terjamah thermal comfort? Adalah (i) keselesaan terma atau (ii) keselesaan haba | Cadangan padanan bagi istilah thermal comfort dalam bahasa Melayu ialah keselesaan terma. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 31.07.2024 |
| Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translation as below: The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort. BM translation: Rumusan dengan tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. Terima kasih! | Terjemahan yang sesuai bagi 'The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort' ialah Formula tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. | Makna | 22.01.2020 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'comfort food'. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah makanan selesa. | Istilah | 25.06.2016 |
| saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerful | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.05.2015 |