| Adakah terdapat istilah dalam Bahasa Melayu untuk melambangkan penggunaan tahun BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era)? Atau penutur boleh serap secara terus penggunaan BCE dan CE dalam penulisan Bahasa Melayu? | Cadangan padanan bagi istilah Before Common Era (B.C.E.) dalam bahasa Melayu ialah Sebelum Masihi (S.M.) dan Common Era (C.E.) ialah Masihi (M.). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 04.07.2024 |
| common rail | rel sepunya (kejuruteraan) | Makna | 04.04.2007 |
| common law | common law, tort | Istilah | 12.04.2007 |
| TENANTS IN COMMON | PEMILIK SESAMA | Istilah | 11.11.2010 |
| Selamat tengahari dan salam sejahtera. Saya ingin memohon penjelasan perbezaan perkataan COMMON NAME dan VERNACULAR NAME. Kedua-dua perkataan ini dalam pemahaman saya adalah sama, tetapi apabila saya merujuk kepada mana-mana maklumat saya dapati kadangkala ada yang menggunakan perkataan COMMON NAME bagi merujuk kepada nama tempatan sesuatu seperti nama tumbuhan (Cth. TONGKAT ALI (Common name). Dan begitu juga dengan VERNACULAR NAME juga merujuk kepada nama tempatan. (Cth: Tongkat ali (Vernaclular name). | Common Name dan Vernacular Name merujuk hal yang sama, iaitu nama tempatan. | Makna | 26.08.2014 |
| Apakah daftar istilah yang sesuai untuk "Common Ca | Padanan bahasa Melayu bagi istilah common carrier ialah pengangkutan umum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.07.2023 |
| Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan akta undang-undang di dalam bahasa Inggeris, haruskah diitalikkan? Contoh : menurut Common Law... Sekian, terima kasih. | Common Law diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu, namun akta-akta lain seperti Akta Dewan Bahasa dieja sepertimana biasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2015 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakah terjemahan yang tepat bagi istilah common morality? Carian saya di laman PRPM mendapati istilah morality diterjemahkan sebagai moraliti, kemoralan dan kesusilaan apabila digandingkan dengan kata yang berbeza. Terima kasih. | Ketiga-tiga istilah,iaitu moraliti, kemoralan dan kesusilaan adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan "common" juga mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti biasa, lazim, sepunya, bersama, umum dan terbuka. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "common morality" bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Istilah ini mungkin boleh diterjemahkan kepada kemoralan sepunya, kemoralan lazim dan sebagainya. | Istilah | 15.04.2016 |
| Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
| Saya ingin mendapatkan padanan bagi istilah: Common Terminology Criteria for Adverse Events Nasihat tuan amat dihargai! | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Cadangan padanan bahasa Melayu ialah Kriteria Istilah Umum untuk Peristiwa Buruk | Istilah | 07.03.2014 |