Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. the public, masyarakat, komuniti: ~ development, pembangunan komuniti; ~ life, kehidupan masyarakat; in the interest of the ~, bagi kepentingan masyarakat; 2. (group of people) masyarakat, golongan: the Chinese ~ in Indonesia, masyarakat Cina di Indonesia; a village ~, masyarakat kampung; trading ~, golongan peniaga; a ~ of monks, golongan rahib; 3. group of countries working together and having common interests, komuniti: the European C~, Komuniti Eropah; 4. common ownership, pemilikan bersama: ~ of property, pemilikan bersama harta; 5. condition of sharing, (keadaan) bersama: there is no ~ of interest between the two groups, tdk ada kepentingan bersama antara dua kumpulan itu; ~ spirit, semangat muhibah; 6. (of plants, animal) komuniti. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata community


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat bagi "community farming"? "Community farming" merujuk kepada aktiviti penanaman pokok mengikut spesies tertentu oleh pemilik tanah perseorangan secara berkelompok atau mengikut kawasan.Kami mencadangkan "community farming" diterjemahkan sebagai "perladangan komuniti" atau "pertanian komuniti". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah17.06.2022
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasihCadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti."Makna21.09.2022
Terjemahan Community Broadband Centre kepada Bahasa MelayuPusat Jalur Lebar KomunitiMakna09.10.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Community Policy & Moderation Guidelines"?Kami mencadangkan Community Policy & Moderation Guidelines diterjemahkan kepada Garis Panduan Komuniti dan Penyederhanaan, sekiranya bersesuaian dengan konsepnya.Penyemakan dan penterjemahan18.03.2023
Saya ingin bertanya penterjemahan bagi perkataan "community policing". Hasil pembacaan saya ada yang menggunakan istilah "kepolisan masyarakat", ada yang menggunakan istilah"kepolisan komuniti" dan ada juga yang menggunakan istilah "kepolisian masyarakat". Bagi pihak DBP apakah penggunaan atau istilah rasmi untuk perkataan "community policing" dalam bahasa Melayu. Harap pihak tuan dapat membantu kemusykilan saya. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk community policing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk policing, iaitu pengawasan.  Oleh itu, padanan istilah yang kami cadangkan ialah pengawasan komuniti atau pengawasan masyarakat.Istilah19.09.2011
Apakah terjemahan untuk 'grass root community'? Adakah perkataan komuniti akar umbi itu betul?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "grass root community" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "grass root" dalam bidang Sains Politik yang padanan bahasa Melayunya ialah akar umbi. Oleh itu, istilah komuniti akar umbi boleh digunakan.Istilah09.05.2013
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang pihak tuan/puan boleh cadangkan bagi istilah "community rolling action plan"? Yang berikut adalah definisinya: The Community rolling action plan indicates substances for evaluation by the Member States in the next three years and is updated each year in March. The evaluation aims to clarify the initial concern that the manufacture and/or use of these substances could pose a risk to human health or the environment. Cadangan terjemahan saya ialah pelan tindakan daftar komuniti/ pelan tindakan daftar bahan-bahan. Sekian, terima kasih.Waalaikummussalam. Dalam konteks definisi yang diberikan, pelan tindakan daftar bahan lebih sesuai digunakan. (Tidak perlu perkataan “bahan” diulangi). Terima kasih.Istilah22.06.2017
Selamat pagi, saya mohon penjelasan apakah betul jika saya menterjemah "community events" sebagai "aktiviti beramaian" dan "empower underprivileged youth through retail training" sebagai "mewibawakan belia terabai melalui latihan jual-menjual"? Sekian, terima kasih.Community events boleh diterjemahkan kepada acara komuniti. Perkataan empower underprivileged youth through retail training boleh diterjemahkan kepada Memperkasakan belia yang kurang bernasib baik melalui latihan peruncitan.Makna17.06.2019
123

Kembali ke atas