"government linked companies"(GLC) dalam bahasa melayu | Padanan goverment linked companies dalam bahasa Melayu ialah syarikat berkaitan kerajaan. | Istilah | 20.04.2009 |
assalamualaikum. saya ingin tahu, jika dalam penulisan bagi perkataan gandaan (plural words) masih kah ditulis perkataan tersebut dua kali? Contohnya, syarikat-syarikat (plural utk companies) ditulis dgn "syarikat-syarikat" atau hanya "syarikat" sudah memadai? | Waalaikumsalam, Untuk makluman tuan, kedua-dua perkataan "syarikat" dan "syarikat-syarikat" boleh diguna pakai dalam ayat , tetapi bergantung kepada ayat tersebut juga. Namun, kebiasaannya digunakan "syarikat-syarikat" untuk menunjukkan banyak syarikat atau lebih daripada satu syarikat, seperti ayat "Mesyuarat mengenai penggabungan syarikat-syarikat kerjasama itu telah berlangsung kelmarin". | Lain-lain | 23.09.2014 |
Salam sejahtera, sekiranya perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada dalam SATU AYAT YANG SAMA, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi kedua-dua istilah Bahasa Inggeris tersebut? Contoh ayat: "He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit." Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit. ialah "Beliau memulakan usaha sama untuk syarikatnya sekarang dengan syarikat lain yang lebih kukuh bagi menyemarakkan semangat usaha sama beliau." | Makna | 12.09.2022 |
Kami ingin mendapatkan terjemahan dan definisi bagi perkataan "facilitation & monitoring". Untuk makluman pihak tuan, "facilitation & monitoring" merupakan salah satu aktiviti/fungsi organisasi kami yang merangkumi: -Assist companies in the implementation & operation of their projects. -Facilitate exchange & coordination among institutions engage in or connected with industrial development. -Advisory Services Sekian, terima kasih. | Cadangan untuk terjemahan 'facilitation' dalam bahasa Melayu ialah 'pemudahan' dan 'monitoring' ialah 'pengawasan'. Namun untuk perkataan 'monitoring', padanan 'pemantauan' juga boleh digunakan mengikut maksud yang hendak disampaikan. Tuan boleh menggunakan sama ada "Pemudahan dan Pengawasan" atau "Pemudahan dan Pemantauan". | Istilah | 23.04.2018 |
1. Adakah istilah "pemboleh daya" wujud dan apakah maksudnya dan cara penggunaanya? 2. Apakah padanan paling sesuai untuk istilah "claims" dalam konteks penggunaan "marketing claims"? Contoh ayat "companies have resorted to making marketing claims that border on the ridiculous." Perkataan "dakwaan" di dalam pangkalan data DBP lebih tertumpu kepada penggunaan konteks undang-undang, adakah ianya paling tepat sekiranya digunakan dalam konteks yang berlainan seperti diatas? Terima kasih. | 1. Untuk makluman tuan/puan istilah pemboleh daya tidak wujud dalam pangkalan data kami. 2. Padanan “claims” dalam konteks penggunaan “marketing claims” ialah tuntutan pemasaran/pasaran. | Istilah | 20.05.2018 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya mahu membuat pertanyaan mengenai perkataan Lead. Perkataan ini ialah istilah yang digunakan dalam pemasaran internet. Sebagai penerangan, berikut ialah maklumat yang saya jumpa di dalam laman sesawang: In a sales context, a lead refers to contact with a potential customer, also known as a “prospect”. Depending on the organisation, the definition of the term “lead” may vary. For some companies, a “lead” is a contact already determined to be a prospective customer, whereas other companies consider a “lead” to be any sales contact. Tetapi saya cuba buat carian, tiada terjemahan untuk perkataan tersebut (atau mungkin carian yang saya buat salah). Harap dapat maklum balas dari pihak anda. | Lead boleh diterjemahkan kepada pendulu, utama dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Tuan boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lead untuk maklumat lanjut. Berdasarkan konteks "lead" ialah individu yang lebih awal berada dalam kumpulan dengan membawa bakal pelanggan yang berpotensi. Sukar untuk diterjemahkan dalam satu perkataan khusus kecuali keterangan yang berkaitan dengan peranannya seperti pelanggan awal atau penghubung utama. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2019 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada tuan/puan pentadbir Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya hendak mohon bantuan daripada tuan/puan pentadbir untuk memberi cadangan terjemahan bagi ayat berikut kepada Bahasa Melayu yang betul dan tepat: "Under Schiff’s leadership Kuhn Loeb grew to be one of the most influential investment banks in the late nineteenth and early twentieth centuries, financing America’s expanding railways and growth companies, including Western Union and Westinghouse, and thereby becoming the principal rival of J.P. Morgan & Co." | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.06.2020 |
Mohon dapat terjemahkan ayat ini: 1 - a one time processing fee is payable upon first disbursement of the facility. This fee is to be debited to the financing account. 2 - applicable for non malaysian only and not applicable to spouse of Malaysia in a joint apllication. 3 - You/Security Party will maintain such takaful or insurance as in respect of the property against all risk from such takaful operator or insurance companies acceptable to the bank | Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemaknya. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2018 |