| Salam, apakah terjamahan bagi makna sister company? Sister company adalah bila perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain. Atau dalam erti kata lain, sister company ini apabila terdapat dua syarikat yang mana kedua-duanya mempunyai satu parent company yang sama yang memegang mereka. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah sister-subsidiary yang dipadankan sebagai subsidiari seinduk. Sehubungan dengan itu, cadangan bagi sister company ialah syarikat seinduk jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.08.2020 |
| Company saya mahu buat jualan gudang di shah alam, nak tahu macam mana untuk mendapatkan pengesahan bahasa Banner dan Bunting kami untuk jualan gudang dari pihak Dewan Bahasa dan Budaya? sila beritahu cara cara untuk permohonan. | Sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR AKAUN > AKTIFKAN AKAUN> DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik visual iklan mengikut format JPEG, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Tuan akan menerima makluman "Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya". Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 09.06.2025 |
| Apakah terjemahan bagi 'shell company' yang merujuk kepada sesebuah syarikat atau perbadanan tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset tertentu.Shell company biasanya ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi di bawah nama perniagaan palsu untuk mengelak liabiliti cukai. Contoh senario seperti, seseorang yang menubuhkan syarikat palsu yang boleh dilakukan dengan mendapatkan dokumen yang sahih untuk membuka sebuah akaun bank di bawah nama syarikat tersebut. Akan tetapi, beliau memasukkan wang haram ke dalam akaun tersebut bagi menampakkan yang ia diperolehi secara sah. Shell company juga boleh ditubuhkan untuk tujuan yang sah seperti membantu mereka yang baru memulakan perniagaan mendapatkan tawaran awam lebih murah dan muda dalam bursa saham. Satu lagi contoh tujuan penubuhannya ialah apabila sesebuah syarikat berhubungan secara kewangan dengan syarikat lain. Namun, jika Syarikat A tak mahu berurus niaga dengan Syarikat B kerana Syarikat B mempunyai reputasi kurang baik, Syarikat B boleh menubuhkan satu shell company sebagai penyamaran supaya transaksi boleh dlakukan. Jadi apakah istilah paling sesuai untuknya? Syarikat palsu? Syarikat penyamaran? syarikat cengkerang? syarikat petala? Dan saya bukannya merujuk kepada Syarikat Shell (syarikat minyak) itu. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, belum ada istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan “Shell Company”. Kami mencadangkan tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam huruf condong (Shell Company). Sekian. Terima kasih. | Istilah | 29.08.2017 |
| Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd 09-8601842 Tipco Asphalt Group | Sekiranya puan memerlukan pengesahan bahasa untuk papan tanda nama syarikat, sila hantar visual iklan puan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel puan. Demikian juga kata laluan (password) akan di-e-melkan kepada puan. Lampirkan visual dalam menu permohonan . | Lain-lain | 05.02.2014 |
| Goverment link company | syarikat berkaitan kerajaan | Istilah | 22.12.2008 |
| apakah terjemahan untuk "Moving Company". Terima kasih. | Tiada data berkatian “Moving company” dalam data kami. Sila berikan konteks syarikat yang dimaksudkan. | Istilah | 15.08.2014 |
| Apakah terjemahan yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi 'start-up company'? | Terjemahan bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi start-up company ialah syarikat permulaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2017 |
| Salam. Jika 'subsidiary' merujuk kepada anak syarikat, apakah terjemahan yang tepat untuk 'sister company'? | Mohon berikan takrifan untuk "sister company" supaya kami dapat memberikan padanan yang sesuai. | Istilah | 07.01.2020 |
| Harap dapat berikan istilah dalam bahasa Malaysia bagi: 1. investee company; 2. deal origination; 3. business venture; Sekian, terima kasih. | 1. Investee company - syarikat penerima pelaburan 2. deal origination - pengasalan urus janji 3. business venture - usaha niaga | Istilah | 24.03.2009 |
| Assalamualaikum Saya rasa DBP keliru antara Franchise and Franchisee Franchise - a privilege of a public nature conferred on an individual, group, or company by a government: a franchise to operate a bus system. the right or license granted by a company to an individual or group to market its products or services in a specific territory. a store, restaurant, or other business operating under such a license. the territory over which such a license extends. Franchisee - a person or company to whom a franchise is granted. Pertanyaan saya ialah - apakah terjemahan bagi Franchisee | Cadangan terjemahan bagi franchisee ialah "pemegang francais" | Makna | 16.04.2022 |