Assalamualaykum Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan istilah berikut di dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence Compassion Fatigue Compassion Satisfaction Secondary Traumatic Stress Burnout Healthcare Provider Maklum balas dan keprihatinan pihak Tuan/Puan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Wassalam. Arif | Mohon cadangan terjemahan daripada pihak tuan dan kami akan menyemak penggunaan Bahasa Melayu dalam teks tersebut. Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, kecuali perkataan dan istilah yang boleh merujuk kamus atau buku istilah. | Lain-lain | 21.11.2017 |
mohon bantuan penggunaan istilah psikologi | Seperti penjelasan kami seblum ini, tidak ada maklumat tentang self-compassion dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada hanyalah compassion yang diterjemahkan kepada belas kasihan. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan compassion boleh membawa maksud belas kasihan atau ihsan, iaitu sayang terhadap diri sendiri dan melayani diri sendiri dengan baik. Maka self-compassion boleh diterjemahkan kepada belas kasihan kendiri atau ihsan kendiri, lihat pada konteks penggunaannya dalam ayat. | Istilah | 30.03.2015 |
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. Arif | Waalaikumussalam... Cadangan terjemahan yang sesuai bagi: i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder v. Burnout ialah Terbakar vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan | Makna | 05.12.2017 |
Bolehkah pihak DBP memberikan terjemahan sesuai untuk istilah bahasa Inggeris yang saya akan beri ini? Compassion fatigue - a condition characterized by emotional and physical exhaustion leading to a diminished ability to empathize or feel compassion for others. Terjemahan maksud : Keadaan yang diicirikan kelesuan emosi dan fizikal yang menyebabkan kekurangan rasa simpati dan belas kasihan terhadap orang lain. Adakah 'kelesuan belas kasihan' paling sesuai? | Cadangan padanan terjemahan bagi compassion fatigue ialah lesu belas kasihan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2021 |
apakah padanan bagi takrifan kata self compassion (kompesi kendiri), self efficacy (efikasi kendiri), thought supression (pendam fikiran) yang bersesuaian jika diterjemahkan kepada ke bahasa melayu. terima kasih atas maklum balas | Untuk makluman puan, dalam data rujukan kami tiada padanan khusus bagi istilah self compassion dan thought supression dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam data kami,terdapat padanan bahasa Melayu bagi compassion, iaitu belas kasihan yang diigunakan dalam bidang sejarah. Manakala bagi padanan bahasa Melayu istilah supression ialah penekanan yang digunakan dalam istilah emotional supression, iaitu penekanan emosi yang digunakan dalam bidang pendidikan. Padanan bahasa Melayu bagi self efficacy ialah efikasi kendiri. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2015 |
Apakah istilah yang tepat yang boleh digunakan untuk perkataan "self compassion" bagi penulisan dalam terma kaunseling dan psikologi. Ada perkataan yang pernah saya jumpa ditulis dengan "belas kasihan kendiri" dan ada juga yang menterjemah kepada "ihsan kendiri". Apa istilah paling tepat dan sesuai untuk terma di dalam kaunseling? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi self compassion ialah belas kasihan diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.05.2025 |