Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan cadangan perkataan bagi dua istilah yang perlu digunakan dalam abstrak tesis saya. Pada masa ini terjemahan dua istilah tersebut adalah seperti berikut: 1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence -Kompetensi kendiri kaunseling pelbagai budaya. 2. Observed multicultural counselling competence. - Kompetensi diperhati kaunseling pelbagai budaya. Saya berharap pihak Tuan dapat memberi pandangan atau mungkin cadangan yang lebih bersesuaian bagi kedua-dua istilah ini. Segala jasa baik pihak Tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pelbagai budaya secara anggapan kendiri 2. Observed multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pemerhatian pelbagai budaya | Istilah | 18.03.2020 |
Mohon bertanya, apakah perkataan bahasa inggeris yang paling sesuai bagi menggambarkan makna untuk perkataan bahasa melayu 'berketrampilan'. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah berketerampilan, bukan berketrampilan. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah competence/competency. | Istilah | 25.10.2009 |