| Tolong semakkan penggunaan bahasa : Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu ‘COMPOUND’ dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dilaksanakan ke atas pemilik yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasamasa anda amat dihargai. Abaikan notis ini jika ada tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibayar. Terima kasih. | Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu COMPOUND dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasama anda amat dihargai. Sila abaikan notis ini jika tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibuat. | Tatabahasa | 07.10.2023 |
| Tuan yang budiman, apakah maksud i) Context clues ii) Structural analysis = analisis strukturan? iii) prefixes. iv)Suffixes, v)root words = kata dasar? vi) compound word vii) syllables = suku kata? Terima kasih :) | Terjemahan perkataan yang tersebut ialah: i) Context clues - petunjuk konteks; ii) Structural analysis = analisis struktur; iii) prefixes - awalan; iv) Suffixes - akhiran v) root words - kata dasar; vi) compound word - kata majmuk; dan vii) syllables - suku kata. | Istilah | 12.10.2011 |
| Apakah terjemahan yang tepat di dalam bahasa melayu bagi product "chocolate compound"? | Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. | Lain-lain | 27.08.2025 |
| Istilah Bahasa Malaysia diperlukan bagi perkataan kimia English di bawah. 1) Stannous | Dalam istilah Kimia stannous compound yang membawa maksud sebatian stanus. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
| Apakah padanan bagi istilah "water insoluble matter". Adakah "jirim tak larut air" atau "jirim tidak larut air". | Cadangan kami water insoluble matter diterjemahkan kepada jirim tak larut air sama seperti sebatian tak larut (insoluble compound) dalam bidang Kimia. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.08.2021 |
| MANUFACTURING OF ENGINEERED SEALING SOLUTIONS - PERUSAHAAN KEJURUTERAAN ........ MINTA TOLONG TERJEMAHKAN MAKSUD SEALING SOLUTIONS. Terjemahan yang saya perolehi adalah pengedap tetapi ianya tidak menepati maksud perniagaan yang kami jalankan. Dibawah adalah penjelasan apa itu sealing solutions. Kilang ini menjalankan aktiviti mengilang produk Rubber Seal, Rubber Packer, Injectable Seal Compound/Sticks, Tooling and Machining Parts | Kami sarankan tuan/puan ajukan soalan ini terus ke Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat terjemahan secara literal bagi perkataan "sealing" ialah "Pengedap, Penyelakan, Pemateri dan Adangan". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2014 |
| Untuk "Gallo-Roman" dalam bidang sejarah yang mana satu terjemahan betul? Gallo-Rom atau Gaul-Rom? Atau kedua-duanya boleh digunakan? | Menurut kamus Collins dalam talian, Gallo- dihuraikannya sebagai a combining form representing Gallic in the formation of compound words. Daripada sumber Google Books pula menunjukkan ada penulis yang meminjam kata Gallic (Gallic-Roman) kerana Gallic ialah kata Inggeris dan bentuk adjektif untuk Gaul. Dalam data kamus DBP, padanan kata Gallic ialah Gaul, manakala padanan kata Roman ialah Rom (empayar, kuasa). Jadi untuk konteks sejarah, gunakanlah "zaman Gaul-Rom" atau "bahasa Gaul-Rom" untuk merujuk kepada era apabila budaya Gaul dan Rom bercampur di wilayah Gaul (Perancis kuno).
| Ejaan | 20.05.2025 |