Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n electronic machine that processes data, komputer; ~ programmer, /juruaturcara, juruprogram/ komputer; ~ programming, /pengaturcaraan, pemprograman/ komputer. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata computer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah istilah BM bagi: 1 iPad 2 tablet computer"Ipad" dipinjam dan dikekalkan ejaannya. Manakala perkataan "tablet computer" pula dipadankan susunannya dalam bahasa Melayu sebagai "komputer tablet".Makna25.02.2020
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'crashed' untuk ayat berikut: The computer software has crashed. The simulation run on the computer has crashed. Terima kasihDalam data rujukan kami, terdapat istilah kerosakan sistem bagi istilah system crash. Pada pandangan kami, perkataan rosak dicadangkan digunakan bagi perkataan crashed dalam ayat yang diberikan.Penyemakan dan penterjemahan18.09.2017
Istilah sesuai bagi Spatial computing. Penerangan "refers to human–computer interaction that is perceived by humans as taking place in the real world, in and around their bodies, instead of perceptually behind a computer screen."Padanan bahasa Melayu bagi istilah spatial computing ialah pengkomputeran reruang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.02.2024
Apakah terjemahan bagi "computer-aided design"? Terima kasih

YM Tengku,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah reka bentuk dibantu komputer. YM Tengku boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu YM Tengku mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu.

 

Istilah24.07.2009
Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya    Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan  (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca.Lain-lain15.06.2010
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi 'spambot' (automated computer program designed to assist in the sending of spam)? Terima kasih.Untuk makluman, istilah "spambot" belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "spam" yang padanan bahasa Melayunya ialah spam juga. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah spambot.Istilah18.03.2013
Tuan, Saya ialah dari sebuah syarikat penerbitan buku computer untuk pelajar sekolah rendah. Saya ingin bertanya mengenai sebuah gambar yang ingin terbit dalam buku. Pertayaan saya ialah bahawa gambar yang saya attach yang mengandungi lagu "NegaraKu" mempunyai apa-apa issue yang sensitive atau salah jika diterbitkan. Sekian Terima KasihUntuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, pada pandangan kami eloklah Sdr  merujuk terus kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain04.05.2012
Apakah Istilah TMK bagi perkataan berikut: 1. on dan off computer 2. headphone

1. buka dan mati(kan) komputer

2.fonkepala 

Makna01.10.2009
Perkataan "Tuanku" adalah sesuai digunakan dalam karangan autobiografi? Contohnya, Aku sebuah computer riba. Tuanku menjaga aku dengan baik. "Tuanku" dalam ayat itu adakah betul? atau perkataan ini mesti dipisahkan menjadi "tuan aku"?Tuanku digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan. Dalam konteks yang diceritakan, penggunaan yang betul ialah "tuan aku".Tatabahasa28.02.2014
Selamat petang Encik/Puan, Perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan 'casing'(computer). Sekian terima kasih Admin Pustaka VisionUntuk makluman tuan, terdapat beberapa terjemahan bagi perkataan casing termasuklah selongsong, perumah, bingkai  seperti dalam http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=casing&d=346196&#LIHATSINI. Pada pandangan kami, padanan bahasa Melayu yang paling hampir ialah perumah jika bersesuaian dengan konsep.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2017
123

Kembali ke atas