Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n takziah: she visited them to offer her ~s, dia menziarahi mereka utk mengucapkan takziah; messages of ~, perutusan takziah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condolence


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA.Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.09.2012

Kembali ke atas