conference | persidangan | Makna | 08.05.2008 |
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Dalam pemasaran acara (event marketing), ada syarikat yang menyertai 'tradeshow', ada yang mengadakan persidangan (conference) sebagai satu strategi pemasaran yang ditujukan kepada pengguna atau sasaran populasi. Jadi model pemasaran yang menggunakan persidangan sebagai pengantara disebut "Conference marketing". | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan "conference marketing" iaitu pemasaran persidangan sesuai mengikut konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang yang dinyatakan. | Makna | 30.09.2022 |
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Terima kasih. | Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa. | Makna | 24.09.2022 |
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau, waiting area 2)Silage Store 3)Ganeral Store 4)Garage & Farm Machinery Store 5)Bio-Security 6)TNB-Sub Station H.T Switch gear room, transformer room, MSB room 7)Water Tank 8)Septic Tank | 1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu 2)Stor Silaj 3)Stor Am 4)Garaj dan Stor Jentera Ladang 5)Bio Keselamatan 6)Pencawang TNB bilik peralatan suis tinggi, bilik transformer, bilk MSB 7)Tangki Air 8)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau waiting area. 2)Worker Quaters 3)Silage store 4)General Store 5)Garage & Farm Machinery Store 6)Bio-Security 7)Water Tank 8)Septic Tank | 1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu. 2)Kuaters Pekerja 3)Stor Silaj 4)Stor Am 5)Garaj dan Stor Jentera Ladang 6)Bio Keselamatan 7)Tangki Air 8)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |
a. Mesyuarat East Asia Hidrographic Commission (EAHC) pada 24 hingga 27 Feb 14 dikoordinasikan oleh Pusat Hidrografi Nasional. b. Rimland Pacific Superintendent’s Conference (RPSC) pada 16 hingga 19 Jun 14 dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. c. WPNS Senior Enlisted Leader Working Group (SELWG) pada 18 hingga 22 Ogos 14 dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi dan Eksesais. d. Asia Pacific Submarine Conference (APSC) pada 8 hingga 11 Sep 14 dikoordinasikan oleh Markas Angkatan Kapal Selam. 9. Justeru, Pengerusi mengarahkan mesyuarat koordinasi dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju terbaik untuk memastikan keempat-empat aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, berkesan dan menepati objektif yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh TPTL. Pengerusi juga menghendaki Tim Induk yang ditubuhkan bagi setiap aktiviti membincangkan segala keperluan asas, implementasi dan pelaksanaan serta koordinasi aktiviti di dalam mesyuarat tersebut. 10. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata nasihat kepada Ahli JLAKS yang baru, beliau menekankan keperluan kepada empat nilai teras TLDM iaitu Honour, Loyalty, Courage dan Pride. Pengerusi menyaran agar ahli JLAKS yang lain turut memberikan penekanan kepada nilai teras tersebut dengan harapan ianya dapat dipatuhi bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam TLDM dan secara langsung TLDM akan dipandang tinggi oleh organisasi yang lain. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Tajuk: Implementation and forward strategic planning after nanjing (Nanjing adalah tempat di mana conference dijalankan). Terjemahan yang mana lebih tepat? "Perlaksanaan dan perancangan strategik ke hadapan selepas Nanjing" atau "Perlaksanaan dan perancangan strategik selepas Nanjing di masa hadapan" | Implementation and forward strategic planning after Nanjing boleh diterjemahkan kepada "Perlaksanaan dan perancangan strategik masa hadapan selepas Nanjing" sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2019 |
bolehkah digunakan perkataan 'konferens' untuk acara rasmi? | Tidak ada perkataan konferens dalam bahasa Melayu, kata conference diterjemahkan kepada mesyuarat atau persidangan. | Istilah | 19.12.2011 |
Bolehkah istilah 'konferens' digunakan dalam penulisan selain perkataan 'persidangan'? | Perkataan konferens tidak diterima dalam bahasa Melayu. Padanan perkataan conference ialah persidangan. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Thread"? Maksud thread: In online discussions, a series of messages that have been posted as replies to each other. A single forum or conference typically contains many threads covering different subjects. By reading each message in a thread, one after the other, you can see how the discussion has evolved. You can start a new thread by posting a message that is not a reply to an earlier message. Source for "thread" meaning: http://www.webopedia.com/TERM/T/thread.html Terima kasih. | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk istilah "thread" dalam bidang teknologi maklumat ialah jalur. | Istilah | 18.10.2012 |