| Translation Private and Confidential dalam Bahasa Malaysia | Private and Confidential diterjemahkan kepada Sulit dan Peribadi. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.01.2015 |
| Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk mengesahkan terjemahan untuk "makes public" di bawah adalah betul atau salah. Sumber: If the Sponsor makes public any study results your identity will remain confidential. Sasaran: Jika Penaja mendedahkan apa-apa hasil kajian, identiti anda akan kekal dirahsiakan. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "make public" diterjemahkan sebagai "mendedahkan", "membocorkan", "memaklumkan" atau "memberitahu". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2021 |
| terjemahan untuk "commercial-in-confidence" | Untuk makluman, istilah"commercial-in-confidence" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, konsep istilah ini sama dengan "confidential information". Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah maklumat sulit. | Istilah | 22.01.2013 |