Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata congress


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
International Palm-Oil Congress (PIPOC 2007) Palm Oil Empowering ChangeKongress Minyak Sawit Antarabangsa Minyak Sawit : Pencetus Pembakar - makna empowering - memberi kuasa memberi daya.Lain-lain19.04.2007
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih
Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi.
Lain-lain26.06.2008

Kembali ke atas