Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata consistent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setelah menyelidik makna perkataan"lestari" dalam kamus, adakah maksudnya sama dengan perkataan "consistent " dalam bahasa Inggeris?Padanan lestari dalam bahasa Inggeris ialah everlasting, namun begitu berkemungkinan dalam konteks yang tertentu lestari boleh membawa maksud everlasting atau boleh juga membawa maksud consistent.Penyemakan dan penterjemahan10.04.2014
penggunaan imbuhan 'memper' tidak 'consistent' antara guru-guru dan penulis buku bahasa seperti memperoleh,memperkaya dll. Perlukah akhiran 'kan' dan 'i' dijatuhkan jika imbuhan 'memper' digunakan?bAwalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya, memperalat, memperluas dan memperoleh. Hanya terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan memper-...kan dengan kata dasar, iaitu 'yang membawa pengertian kausatif (menjadikan atau menyebabkan)' seperti mempertemukan; dan 'yang membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan' seperti memperdengarkan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 170.Tatabahasa03.03.2007
Adakah terdaoat padanan untuk "reportint cadence" dalam bahasa Melayu: Reporting cadence is the consistent, pre-determined schedule for when and how often reports are created and delivered to stakeholders.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah reporting cadence ialah kadens pelaporan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah23.11.2025

Kembali ke atas