Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pakar runding, perunding; (med) pakar: a ~ in corporate management, pakar runding (dlm) pengurusan korporat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata consultant


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan yang tepat untuk jawatan Consultant dalam Bahasa Melayu samada Juru Perunding, Juruperunding, Juru Runding atau Jururunding? Untuk makluman, saya bekerja sebagai Consultant di salah sebuah agensi kerajaan. Saya mempunyai kesulitan untuk menterjemah jawatan berkenaan menggunakan Bahasa Melayu. Terima kasihPadanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi "consultant" ialah "jururunding", "perunding" atau "pakar runding".Istilah28.09.2022
apakah terjemahan Bahasa Malaysia untuk jawatan "Risk Management Consultant"?Istilah untuk 'Risk Management Consultant' ialah Perunding Pengurusan Risiko.Istilah23.07.2011
Selamat pagi..saya seorang consultant..saya nk hantar softcopy bunting dan banner untuk event saya bagi tujuan pengesahan oleh pihak dbp bagaimana?? Adakah dengan masukkan fail dibawah ini..Untuk pengesahan bahasa, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sertakan visual iklan tersebut.Lain-lain30.08.2014
PEJABAT URUSAN DAN KHIDMAT SEWA BILIK SEMINAR ICM TRAINING AND CONSULTANT NO. 53-1, JLN SUNGAI RASAU F32/F, BERJAYA PARK, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR

Salam sejahtera,

Untuk pengesahan iklan sila layari laman web
 
 http://dbpsahbahasa.my/

Sekian, terima kasih.

Lain-lain15.07.2017
pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas.Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.Istilah23.11.2022

Kembali ke atas