Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contact


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan 'contact number' dan 'contact page'? Terima kasihTerjemahan contact number dalam bahasa Melayu ialah nombor untuk dihubungi/nombor telefon.
Terjemahan contact page dalam bahasa Melayu ialah laman web. 
Makna11.06.2022
Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuhIstilah14.11.2011
contact person in Bahasa Malaysia?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah orang hubungan.Istilah13.11.2008
1. Apakah 'outbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? 2. Apakah 'inbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? Tiada perkataan tersebut di dalm kamus istilah dalam talian. Terima kasih.Cadangan bahasa Melayu bagi outbound dan inbound contact centre ialah pusat hubungan luar kota dan pusat hubungan di kota.Istilah08.05.2008
Dalam bahasa Inggeris - contact details adalah senarai yang mengandungi nama, nombor telefon, alamat emel, dan mungkin nombor faks. Bolehkah 'contact details' diterjemah sebagai 'maklumat perhubungan' ?Untuk makluman, tidak ada istilah yang khusus untuk contact details. Oleh itu, maklumat perhubungan adalah betul dan boleh digunakan.Istilah29.10.2012
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan?1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
Assalamualaikum, saya nak tanya apakah istilah Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan 'contact pier'? Ia adalah satu struktur yang terdapat di lapangan terbang utama.Tidak ada padanan contact pier dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan contact pier diterjemahkan kepada dermaga sambung atau dermaga temuan.Penyemakan dan penterjemahan21.07.2016
Salam sejahtera, Saya ingin mohon bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak sama ada istilah yang digunakan adalah betul. Untuk maklumat 'contact' yang dimaksudkan dalam ayat di bawah merupakan individu. Contact Phone Number = Nombor Telefon Kontak atau Nombor Telefon Orang Hubungan Contact address = Alamat Kontak atau Alamat Orang Hubungan. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan/puan. Yang benar, R AzizFrasa yang betul ialah "Nombor telefon kenalan"Tatabahasa10.10.2022
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "contact info"? 1. Maklumat perhubungan 2. Maklumat penghubungan Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk contact info ialah "maklumat perhubungan".Penyemakan dan penterjemahan29.09.2022
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'contact sports'. Yang mana lebih sesuai, adakah sukan sentuh / sukan sentuhan / sukan bersentuh / sukan bersentuhan? Atau ada yang lain selain ini? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa contact sports dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bagi contact sports tersebut ialah Sukan Sentuh.Istilah16.05.2018
12345

Kembali ke atas