Salam, Apakah terjemahan bagi jawatan "Content Executive"? "Content" dalam konteks ini bermaksud kandungan laman web - teks dan visual. Tugas seorang "Content Executive" adalah untuk menghasilkan kandungan tersebut. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Eksekutif Kandungan Laman Web atau Eksekutif Kandungan. | Istilah | 14.01.2016 |
Salam, Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi 1) Content Writing 2) Content Writer Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk “content writing” dan “content writer” ialah penulisan kandungan dan penulis kandungan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 26.07.2022 |
Salam, Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi 1) Content Writing 2) Content Writer Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk “content writing” dan “content writer” ialah penulisan kandungan dan penulis kandungan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 09.08.2022 |
Adakah perkataan "Special dietary foods with low sodium content including salt substitute" diberikan terjemahan yang betul dalam ayat di bawah ini? Special dietary foods with low sodium content including salt substitute 393A. (1) Special dietary foods with low sodium content shall be foods with special dietary value as the result from the reduction, restriction or removal of sodium and include salt substitutes with low sodium content. Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam 393A. (1) Makanan diet khas yang mempunyai kandungan natrium rendah ialah makanan yang nilai diet khasnya terhasil daripada pengurangan, pengehadan atau penyingkiran natrium dan termasuk pengganti garam yang mempunyai kandungan natrium rendah. | Padanan bahasa Melayu “Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam” untuk ayat “Special dietary foods with low sodium content including salt substitute” adalah betul. | Makna | 22.07.2021 |
"crowd-source content"? atau pun "crowdsourcing" dalam bahasa melayu. Terima Kasih. | Padanan istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Kami mencadangkan sumber awam untuk padanan crowdsourcing. Mohon berikan konteks penggunaan crowdsourcing dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan. | Istilah | 06.03.2019 |
Apa terjemahan 'content creator' ? | Kami mencadangkan "content creator" diterjemahkan sebagai "pencipta kandungan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 07.06.2022 |
apakah terjemahan kepada directed content analysis dalam Bahasa melayu? adakah analisis kandungan terarah? | Kata "directed content analysis" tiada dalam pangkalan data DBP. Namun, terjemahan secara langsung frasa tersebut ialah "analisis kandungan terarah". Untuk keterangan lebih lanjut, mohon kemukakan maklumat seperti konteks dan konsep penggunaan perkataan ini atau contoh ayat penggunaan kata tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2019 |
Apakah terjemahan bagi "Content Creator" dan "Influencer" dalam konteks media sosial yang menjadi trend sekarang? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah content creator ialah pencipta kandungan dan istilah influencer ialah pempengaruh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.08.2023 |
Salam Admin. Saya ingin mengemukakan beberapa soalan tentang penggunaan kata yang betul dalam penulisan tesis. 1. Apakah perbezaan antara ilmu dan pengetahuan? Bolehkah disamaertikan? 2. Penggunaan istilah bahasa Inggeris dalam BM: a. pedagogical content knowledge, b. technological pedagogical content knowledge, c. tacit knowledge Sekian, terima kasih. | 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, ilmu dan pengetahuan membawa maksud yang sama. 2. Untuk soalan kedua, tidak ada dalam pangkalan data DBPI. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan terjemahan seperti di bawah: A. Pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi B. Technological pedagogical content knowledge - Pengetahuan kandungan pedagogi teknologi c. Tacit knowledge - Pengetahuan tersirat, Pengetahuan tidak formal atau Pengetahuan tasit | Penyemakan dan penterjemahan | 31.07.2017 |
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat beberapa perkataan untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu 1. Moderated Content 2. Push Notification 3. Unlock - Selain Buka kunci apa lagi perkataan boleh digunakan 4. features - selain ciri-ciri perkataan lain yg boleh digunakan 5.Browse Members | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: 1. Moderated Content - Kandungan Sederhana 2. Push Notification - Pemberitahuan Automatik 3. Unlock - Tidak Berkunci 4. features - ciri-ciri 5.Browse Members - semak lewa ahli | Makna | 02.09.2020 |