Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ on, (journey) meneruskan perjalanan: after leaving Jakarta, we ~ed on to Bandung, setelah meninggalkan Jakarta, kami meneruskan perjalanan ke Bandung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. go on with, meneruskan: he ~d his lecture in spite of interruptions, dia meneruskan syarahannya walaupun terganggu; who will ~ the work after you leave?, siapa yg akan meneruskan kerja ini setelah kamu pergi?; 2. proceed (with a course of action) terus: I hope you will ~ to be my friend, saya berharap kamu akan terus menjadi kawan saya; my brother ~d to tease me despite my protests, abang terus mengusik saya walaupun saya memprotes; the dog ~d to bark, anjing itu terus menyalak; she ~d to live in the village after her husband died, dia terus tinggal di kampung itu setelah suaminya meninggal; 3. resume, menyambung, meneruskan: we shall ~ the meeting after lunch, kita akan menyambung mesyuarat sesudah makan tengah hari; 4. begin speaking again, menyambung, meneruskan: “She’s lazy,” he said, “and what’s more,” he continued, “ she’s totally unsuitable for the job,” “dia pemalas,” katanya, “tambah-tambah lagi,” dia menyambung, “dia tdk sesuai lansung utk kerja itu”; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. resume, diteruskan; (of story, performance) bersambung, diteruskan: the game ~d after a ten-minute break, perlawanan itu diteruskan selepas berhenti rehat selama sepuluh minit; 4. extend, berterusan; (of area of land) terbentang: the passage ~s to the end of the building, lorong itu berterusan hingga ke hujung bangunan; 5. begin speaking again, terus + approp v: he ~ed as though nothing had happened, dia terus berucap seolah-olah tdk ada apa-apa yg berlaku; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. last, endure, berterusan, berlanjutan; (for a short time) berterusan: the applause ~d long after the curtain call, tepukan berterusan lama selepas sembah seni; the war might ~ for years, peperangan itu mungkin berlanjutan hingga beberapa tahun; the performance ~d until late that night, pertunjukan itu berlanjutan sehingga larut malam; the discussion ~d for over an hour, perbincangan itu berterusan lebih drpd sejam; 2. proceed, remain, terus: the weather ~s fine, cuaca terus baik; he ~d as secretary of the organization until he retired, dia terus menjadi setiausaha pertubuhan itu sehinggalah dia bersara; they ~d up the mountain on foot, mereka terus berjalan kaki mendaki gunung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata continue


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terjemahan berikut betul? Please press ENTER to continue. - Sila tekan MASUK untuk teruskan. - Sila tekan MASUK untuk meneruskan.Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ENTER di sini membawa maksud arahan dalam bidang pengkomputeran, oleh itu terjemahan yang betul ialah Sila tekan MASUK (ENTER) untuk meneruskan.Istilah23.02.2018
the class needs a minimum of 6 pupils to continue

Saudara Tee,

Saudara tidak mengemukakan pertanyaan. Harap dapat saudara kemukakan soalan atau kemusykilan semula dengan jelas. 

Lain-lain28.04.2010
Ini berkaitan permohonan penamaan bangunan. Kami ingin membuat permohonan untuk hak cipta terpelihara bagi nama 'CONTINEW', dimana 2 perkataan bahasa inggeris disatukan; iaitu Continue dan New. Minta tolong tuan/puan memberi nasihat jika ada apa-apa masalah dan bagaimana untuk teruskan?Terima kasih.DBP akan mengesahkan penggunaan nama yang baik dan betul dalam bahasa kebangsaan. Antara ciri penamaan yang baik dan betul termasuklah menggunakan bahasa kebangsaan dan bercitra kebangsaan, seperti "Menara Idaman". DBP tidak mengesahkan nama Continew kerana tidak menggunakan bahasa kebangsaan.Tatabahasa01.08.2016
Betulkah terjemahan di bawah: She spent RM 30 for petrol to reach the nearest town from house. If she used RM 20 to reach her grandmother’s house, how much did she spend to continue to the nearest town? Dia membelanjakan RM30 ke atas minyak untuk tiba di pekan yang berhampiran dengan rumah. Jika dia menggunakan RM 20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk meneruskan perjalanan ke pekan itu?

Azeelia,

Ayat yang betul ialah: Dia menggunakan minyak sejumlah RM30 untuk sampai ke pekan yang paling hampir dengan rumahnya. Jika dia menggunakan RM20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang digunakannya untuk meneruskan perjalanan ke pekan yang paling hampir?

Tatabahasa26.08.2010

Kembali ke atas