Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah contoh-contoh teknologi digital? adakah perisian komputer dikira sebagai teknologi digital?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud perisian ialah program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu. Contoh teknologi digital ialah komputer, telefon bimbit dan lain-lain.Lain-lain05.11.2018
Bolehkah tuan/puan berikan contoh-contoh benda, keadaan, dll. untuk membezakan penggunaan kata adjektif kasar dan kesat? Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau kesat? Dalam situasi-situasi apakah kata adjektif kasar dan kesat sesuai digunakan? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiranMakna19.03.2019
1.Berikan contoh-contoh Kata Nama Khas Tumbuhan (buah/sayur/bunga)

 

1. Perkataan “saudara” dalam ayat ditulis dengan huruf kecil contohnya, Majlis mempersilakan saudara Ali bin Abu untuk memimpin bacaan doa.

2. Prasa yang betul ialah Ucapan pengerusi majlis / Ucapan presiden ditulis dengan huruf kecil.

 

Ejaan12.01.2020
Mohon bertanya. Bolehkah memulakan ayat baru dengan menggunakan perkataan "Dan" dan "Tetapi" sebagai contoh. Contoh ayat: Dan ia dipaparkannya sekali lagi di layar TV hari ini.Perkataan "tetapi" ialah kata hubung gabungan tidak boleh digunakan pada awal ayat, manakala perkataan "dan" pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat  kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek.Tatabahasa20.01.2019
Adakah terdapat ungkapan dalam bahasa Melayu atau dialek yang boleh dipadankan dengan 'by the way'? Contoh - contoh ayat 'By the way Asuka, your shoelaces are untied' atau 'oh, by the way, I left you a message on Twitter'. Terlalu kerap saya dengar penutur Melayu menggunakan 'by the way' dalam ayat seperti 'By the way, apa yang kau cakap itu salah' dan seakannya. Mungkin DBP boleh bantu beri padanan ungkapan yang boleh digunakan sebagai ganti yang bersifat Melayu/dialek nusantara asli.Padanan bahasa Melayu untuk "by the way" adalah mengikut konteks kesesuaian ayat. Antara penanda wacana yang boleh digunakan termasuklah sementara itu, tambahan pula, sementelahan pula. Lain-lain20.09.2018
Salam Eid Mubarak Saya ingin bertanya sama ada perkataan "bersimpuh" boleh digunakan untuk tangan sebab saya pernah membaca di dalam karya tulisan dan juga contoh-contoh ucapan hari raya seperti "Izinkan tangan bersimpuh maaf..." Tetapi dlm kamus DBP, tidak ada contoh perkataan ini untuk tangan. Cuma kamus Bahasa Indonesia dan apabila menggunakan penterjemahan Google dari Malay ke English ia memberikan maksud bersimpuh sebagai "clenched together". Maksudnya meletak kedua tapak tangan bersama seperti menyembah atau seperti budaya orang Thai yang meletak tangan bersama di dada sebagai tanda salam. Mohon pencerahan sama ada ia boleh digunakan untuk tangan yg diletakkan bersama.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bersimpuh bermaksud duduk bertelut, bertimpuh (seperti perempuan duduk), iaitu duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. Oleh itu, bersimpuh dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan seperti yang dinyatakan.
Istilah27.05.2020
Salam sejahtera,

saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya.

Umpamanya untuk contoh-contoh berikut:

"Ya kah, apa dia kata begitu?"

"Si Lehakah yang datang?"

Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Salam hormat,

Ahmad Shah

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.
Tatabahasa17.04.2020
Betulkah hukum tatabahasa di bawah? 1) menghadiahi + orang 2) dihadiahi + objek 3) menghadiahkan + objek 4) dihadiahkan + orang 5) membuatkan + orang 6) dibuatkan + objek Jika terdapat rumus yang salah, mohon untuk dibetulkan dan jelaskan sebabnya.Untuk makluman, contoh-contoh yang diberikan tidak mengandungi kesalahan dan boleh digunakan. Akan tetapi, merujuk buku Tatabahasa Dewan, orang yang dimaksudkan, juga disebut sebagai objek, bezanya objek bernyawa (tidak semestinya orang) dan juga objek tidak bernyawa.  Contoh:

1) menghadiahi + objek bernyawa
2) dihadiahi + objek tidak bernyawa 
3) menghadiahkan + objek tidak bernyawa
4) dihadiahkan + objek bernyawa
5) membuatkan + objek bernyawa
6) dibuatkan + objek tidak bernyawa
Tatabahasa04.08.2016
Assalamualaikum. Tuan/Puan yang dihormati. Saya memohon pengesahan perkara berikut dalam surat rasmi. Perlukah setiap panggilan hormat ditulis dalam surat? Contoh 1 YBhg. Dato’/YBrs.Tuan, Contoh 2 YBhg. Dato'/Tuan? Contoh yang manakah yang betul? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Kedua-dua contoh, iaitu Contoh 1: YBhg. Dato’/YBrs.Tuan, Contoh 2: YBhg. Dato'/Tuan? boleh digunakan, bergantung pada makna gelaran dan individu yang ditujukan seperti yang berikut:
Sapaan YBhg. Dato’ digunakan pada individu yang mempunyai gelaran kehormat dato’/datuk
Sapaan Tuan digunakan pada orang biasa ( lelaki) yang tidak mempunyai gelaran warisan atau kehormat.
Sapaan kehormat YBrs. boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat
Istilah20.08.2018
1. adakah tidak boleh berhimpun tiga imbuhan dalam satu perkataan? contoh: memperbanyakkan, apakah contoh yang tepat? 2. Boleh tak bagi sedikit penerangan berkenaan penggunaan imbuhanKata terbitan yang betul ialah memperbanyak. Kata adjektif seperti banyak tidak menerima apitan memper_kan. Contoh perkataan yang menerima apitan memper_kan ialah mempersatukan dan memperbadankan. Untuk makluman apitan memper_kan tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana kata terbitan yang terhasil membawa maksud yang sama/hampir sama dengan apitan me_kan, seperti mempersatukan dan menyatukan. Tatabahasa05.03.2020
12345678910...

Kembali ke atas