| Di manakah yang patut di gunakan bagi perkataan "sekalung tahniah" Contoh nya bolehkan digunakan pada kecemerlangan keputusan peperiksaan | Untuk makluman, dalam simpanan data DBP, tidak ada maklumat khusus tentang perkataan sekalung. Akan tetapi, berdasarkan konteks, sekalung tahniah lazimnya digunakan untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang atas kejayaan/kemenangan dalam pertandingan atau anugerah yang diterima. | Lain-lain | 20.11.2015 |
| Cikgu, saya ingin menanyakan bahawa adakah penggunaan -nya dalam merujuk objek tidak bernyawa adalah betul atau salah? Perhatikan contoh-contoh berikut: (-nya telah ditulis dengan semua huruf besar -NYA untuk memberikan penegasan) 1. Hadiah itu untuk ibu. HargaNYA mahal. 2. Apabila ejaan perkataan itu ditukarkan, maksudNYA juga akan bertukar. 3. (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75) - Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanNYA tetap terpisah. Pada pengetahuan saya, -nya hanya digunakan sebagai kata ganti nama ketiga untuk manusia. Apakah pandangan DBP? Saya memerlukan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan dalam hal ini. Terima kasih DBP. | Dalam bahasa Melayu, tidak ada ejaan semua huruf besar perkataan ‘NYA’ untuk membawa penegasan. Bentuk –nya boleh hadir sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat: Hadiah itu sesungguhnya sangat mahal. | Tatabahasa | 28.06.2014 |
| Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih. | Puan Allison, Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
| adakah wajib 'nya' selepas perkataan 'terutama'? Contoh, terutama'nya'. | Perkataan bagi terutama dan terutamanya betul dan boleh digunakan. | Ejaan | 15.01.2021 |
| Salam sejahtera. Pertanyaan saya berkaitan tentang penggunaan "nya". Adakah penggunaan nya boleh untuk merujuk kepada haiwan? Sebagai contoh ayat berikut; "Gigi ketam berada di dalam perutnya." Sekiranya tidak boleh digunakan, apakah ayat yang sesuai? Soalan kedua ialah bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "nya". Boleh berikan contoh penggunaan ayat. Sekian, Terima kasih. | - Penggunaan -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia. Ayat yang lebih tepat ialah Gigi ketam berada di dalam perut.
- Contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya ialah, Mimi mengundang Ai Ling dan Kencana datang ke rumahnya.
Selain sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, perkataan -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda. Contoh ayat seperti yang berikut: Kata penekan – Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Kata pembenda – Lajunya ialah 100 km sejam. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.07.2021 |
| Bagaimana untuk menggandakan perkataan "hamba" untuk digabungkan dgn Tuhan. Contoh, adakah "hamba-hamba-Nya" adalah kata ganda yang betul untuk "hamba-Nya"? | Ejaan yang betul ialah hamba-Nya dan tidak perlu digandakan kerana hamba-Nya boleh membawa makna tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Ejaan | 21.10.2016 |
| Adakah perkataan -nya boleh digabungkan dengan perkataan "seolah-olah"? Contoh ayat: Kalau kamu berkata begitu, seolah-olahnya kamu menuduh saya mencuri. Pada pendapat saya, dalam contoh ayat di atas, perkataan -nya itu adalah tidak diperlukan untuk menyampaikan maksud ayat kerana jika digugurkan perkataan -nya dalam ayat itu, ia masih menyampaikan maksud yang sama. Kalau kamu berkata begitu, SEOLAH-OLAH kamu menuduh saya mencuri. Untuk itu saya berpendapat perkataan seolah-olah tidak perlu sama sekali disertakan dengan -nya dalam mana-mana keadaan jua. Ia menjadi perkataan yang lewah dan berlebihan. Ia juga tidak menjadikan perkataan seolah-olah sebagai penegasan. Adakah betul pendapat saya? | Antara fungsi -nya ialah sebagai kata tugas, iaitu penegas dalam ayat seperti dalam contoh ayat yang tuan berikan. Kata -nya perlu hadir untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk lebih jelas sila lihat contoh yang lain seperti sesungguhnya pemuda itu telah difitnah sebelum ini. | Tatabahasa | 29.05.2020 |
| Salam sejahtera! Haruskah "nya" dicantumkan dengan perkataan di depan? Ayat contoh: Dia terlupa membawa iPhonenya atau dia terlupa membawa iPhone nya? Saya ingin tahu terutama sekali jika perkataan di depan "nya" adalah jenis kata nama khas. Terima kasih! | Untuk makluman, “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Sehubungan dengan itu, contoh ayat yang betul ialah “Dia terlupa membawa iPhonenya.” | Tatabahasa | 11.08.2020 |
| Selamat pagi Saya ingin bertanyakan penggunaan huruf besar. Biasanya, kita menulis "hamba-Nya" untuk merujuk hamba Allah. Namun, bagaimana pula kalau dalam penulisan tajuk? Contoh: PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA ATAU PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBA-NYA? Setahu saya, penggunaan hyphen tersebut adalah untuk memisahkan penggunaan huruf kecil dan besar. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia. Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah pula hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Oleh itu, sekiranya menggunakan huruf besar, ejaan yang betul ialah HAMBA-NYA. | Istilah | 03.02.2020 |
| INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-Nya | Ejaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang. | Ejaan | 04.04.2012 |