| Bolehkah ayat dimulai dengan "Contohnya" seperti berikut: 1. Contohnya seperti bas, basikal, lori dan kereta api. Terima kasih. | Ayat yang dimulai dengan "Contohnya" adalah tidak gramatis dan tidak boleh digunakan kerana tidak didahului oleh subjek. "Contohnya seperti bas, basikal, lori dan kereta api" adalah predikat dalam ayat ini. Oleh itu, ayat ini sebaik-baiknya dimulakan dengan subjek. | Tatabahasa | 21.02.2018 |
| tuan/puan, saya mahu tanya, sebagai contoh, contohnya, atau sebagai contohnya, mana satu betul dan tepat? Penggunaannya di depan ayat. terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. | Frasa yang betul ialah "sebagai contoh" dan "contohnya". | Tatabahasa | 22.05.2023 |
| Salam sejahtera. Adakah permulaan ayat dengan menggunakan perkataan "Contohnya" betul? Dalam ruangan soalan lazim Khidmat Nasihat Bahasa, jawapannya adalah tidak konsisten. Pada tarikh 21.02.2018, jawapannya ialah ayat yang dimulai dengan "Contohnya" adalah tidak gramatis dan tidak boleh digunakan kerana tidak didahului oleh subjek. Tetapi pada tarikh 22.02.2020, jawapannya ialah permulaan ayat dengan menggunakan perkataan "Contohnya" tidak menjadi masalah dan boleh digunakan. Begitu juga dengan sebagai contoh @ sebagai contohnya. Pada tarikh 29.04.2015, jawapannya ialah sebagai contohnya adalah betul. Tetapi pada tarikh 22.02.2020, sebagai contoh yang betul. Sila beri penerangan dan nasihat bagi masalah tersebut. Terima kasih. | Perkataan "Contohnya" boleh digunakan pada permulaan ayat yang mempunyai kesinambungan dengan ayat sebelumnya. Contoh penggunaannya ialah "Rakyat Malaysia menyambut perayaan yang melibatkan pelbagai kaum. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali." | Lain-lain | 14.04.2022 |
| 1. Zakry sering mengambil berat akan / terhadap / tentang Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai. Yang manakah betul? 2. Sebagai contoh atau Sebagai contohnya? 3. Adakah perkataan Contohnya boleh digunakan untuk memulakan ayat? | Salam sejahtera, 1. Zakry sering mengambil berat terhadap Basirah walaupun pengorbannya tidak dihargai. - ayat yang tepat. 2. Sebagai contoh yang betul. 3. Permulaan ayat dengan menggunakan perkataan Contohnya tidak menjadi masalah dan boleh digunakan. Sekian. Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau www.prpm.dbp.gov.my | Tatabahasa | 22.02.2020 |
| Bolehkah sesuatu ayat dimulakan dengan perkataan "contohnya" seperti berikut. Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. | Kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya kita perlulah menggunakan tutur kata yang sopan ketika berbicara dengan mereka. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
| Kenapa "Contohnya" tidak boleh digunakan di permulaan ayat? | Perkataan "contohnya" boleh digunakan pada permulaan ayat yang mempunyai kesinambungan dengan ayat sebelumnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk tenaga pengajar anda atau buku-buku yang berkaitan dengan bahasa atau layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 20.08.2022 |
| Adakah terdapat terjemahan untuk kesan bunyi dalam Bahasa Inggeris contohnya "boom", "bam" dan "bang"? Contohnya: He pressed the button and boom! The bomb went off. -liyana | Untuk makluman, setakat ini dalam data kami masih belum ada penggunaan perkataan bagi menunjukkan kesan bunyi dalam ayat. Contoh ayat yang boleh digunakan ialah "Dia menekan butang aktif bom kemudian bunyi letupan berlaku selepas itu." | Makna | 29.03.2021 |
| Dalam penulisan buku, perlukah dimasukkan kata sapaan YBhg. di hadapan gelaran kehormat seseorang yang bergelar, contohnya, Dato', ATAU memadai dengan menulis gelarannya sahaja. Contohnya: Penulis mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' ABC yang sudi menyalurkan dana penyelidikan sebanyak RMXX bagi ......... | Lazimnya dalam penulisan buku, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah, Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... | Lain-lain | 20.12.2018 |
| 1) Ingin tahu bahawa cara memastikan perkataan majmuk . Contohnya, kereta api / hal ehwal, adalah dalam dua perkataan, manakala ,contohnya ' titikberat' dalam satu perkataan. Bagaimana mengenalpastikan perkataan majmuk dalam satu atau dua perkataan? 2)Di manakah tempat buku tatabahasa keluaran DBP edisi terbaru dapat dibelikan ataupun edisi elektronik boleh didapatkan? | 1) Untuk mengetahuinya, puan boleh membuat rujukan melalui Kamus Dewan atau carian http://prpm.dbp.gov.my/ 2) Puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476. | Lain-lain | 17.05.2018 |
| Adakah peranan atau nama jawatan perlu dieja dengan huruf besar? Contohnya, perdana menteri atau Perdana Menteri? Dalam Bahasa Inggeris, pekerjaan/peranan tidak perlu diletakkan huruf besar. Contohnya, "Obama was the president of the United States. Tetapi jika jawatan digunakan sebagai gelaran, iaitu "President Obama", barulah huruf besar digunakan. Bagaimana dengan Bahasa Melayu? | Perdana Menteri adalah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 15.06.2020 |