| CONVENIENCE WITH REASONABLE PRICES! Kemudahan Dengan Harga Yang Berpatutan! [Saya ingin mencipta sebuah slogan untuk satu rangkaian kedai runcit (Convenience Store) yang beroperasi 24 jam dan 365 hari setahun. Saya ingin tahu samada slogan yang tertera di atas adalah tepat dan sesuai. Terima Kasih - KK Supermart] | Cadangan slogan yang sesuai ialah: PEMBELIAN YANG MUDAH DENGAN HARGA BERPATUTAN! (CONVENIENCE WITH REASONABLE PRICES!) | Penyemakan dan penterjemahan | 29.06.2020 |
| Mengapakah Jabatan Lesen DBKL memerlukan khidmat nasihat DBP bagi memantau bahasa di lesen iklan? Bolehkah sekiranya saya menggunakan perkataan Bahasa Inggeris pada papan iklan milik stesyen minyak saya? Contoh perkataan 'Convenience Shop'? Minta penjelasan. Terima Kasih | Dimaklumkan selaras dengan UKK (3) Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dari segi saiz perkataan, warna dan kedudukannya pada iklan papan tanda. Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan pengesahan bahasa di papan tanda iklan. Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia.Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran. Saudara boleh merujuk syarat-syarat permohonan iklan papan tanda premis yang dikeluarkan oleh DBKL untuk memahami lebih lanjut penggunaan bahasa Malaysia dalam iklan. Perkataan "Convenience Shop" perlu diterjemah ke bahasa Melayu. Cadangan terjemahan kami ialah Kedai Serbaneka. | Lain-lain | 15.04.2013 |
| Salam sejahtera. Apakah penterjemahan "Embracing Change" ke dalam bahasa Melayu? "Embracing Change" bermaksud "menerima perubahan" terhadap aspek yang dibincangkan dalam konteks penggunaan frasa tersebut. Contohnya, "To save the environment, people should embrace changes to their lifestyle; for instance, by forgoing the convenience of using cars and plastic products" | Cadangan terjemahan bagi embracing change ialah "menerima perubahan" boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 10.01.2022 |