Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act, process of changing, a. (in character, function, etc) penukaran: the ~ of water into ice, penukaran air menjadi ais; the ~ of miles to kilometres, penukaran ukuran batu kpd kilometer; b. (from no religion to a particular religion) menjadikan [sso] beragama [n]; (to Christianity) mengkristiankan; (to Islam) mengislamkan; c. (to another religion), /memeluk, masuk/ (n): following her ~ to Judaism..., setelah dia memeluk agama Yahudi...; d. (to a particular opinion, ideology, etc) menukar haluan; 2. adaptation of building etc, pengubahsuaian: the plans for the ~ of the room into a studio are now ready, pelan pengubahsuaian bilik itu sudah pun siap; 3. (leg.) konversi: the ~ of public funds, konversi wang kerajaan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata conversion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya rujuk: Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon). Adakah penggunaan 'bedah' sebagai kata nama bila digabungkan dengan kata lain boleh dinyatakan sebagai contoh kejadian 'conversion' dalam tatabahasa B.Melayu? ( http://en.wikipedia.org/wiki/Conversion_%28linguistics%29). Terima kasih atas penjelasan saudara.Bedah toraks (thoracic surgery) ialah istilah perubatan dan biologi, termasuk istilah MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia). Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, dari aspek tatabahasa peristilahan, istilah boleh dibentuk dengan menggunakan kata tunggal (tanpa imbuhan), kata terbitan, kata ganda, dan bentuk gabungan. Pembentukan sesuatu istilah juga bergantung pada konsep bidang berkenaan dan hasil perbincangan sesama pakar bidang tersebut.Istilah07.02.2012
Apakah padanan yang sesuai bagi "jelly crystals" dalam ayat di bawah ini. Melalui semakan ia dipadankan dengan "hablur jeli" tetapi ayat di bawah ini menggunakan padanan "lengkong sira". Table confection 139. (1) In these Regulations, “table confection” means any preparation including jelly crystals that is suitable and intended for use as a dessert or for ready conversion into a dessert and for which no other standard is prescribed in these Regulations. Konfeksi sajian 139. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “konfeksi sajian” ertinya apa-apa sediaan termasuk lengkong sira yang sesuai dan hendak digunakan sebagai pencuci mulut atau yang sedia ditukar menjadi pencuci mulut dan yang mengenainya tiada apa-apa standard lain ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


jelly crystal - hablur jeli; hablur lengkong


"jelly" merujuk kepada jeli; lengkong. 
"crystal" merujuk kepada hablur, iaitu bahan pepejal yang mempunyai bentuk tertentu disebabkan molekulnya tersusun mengikut pola tertentu yang disebut kekisi.


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.06.2021

Kembali ke atas