Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih | 1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin 2. advanced detergent & dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini 3. Drain interval - saliran pertengahan | Istilah | 30.06.2009 |
Assalamualaikum, saya nak buat pertanyaan berkaitan terjemahan rumi kepada jawi. Di mana saya boleh merujuk dengan mudah berkaitan perkara tersebut?Adakah laman e-jawi converter yang saya temui di internet boleh dijadikan rujukan? terima kasih wassalam. | Untuk makluman saudara, DBP menerbitkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi- Sebutan - Jawi sebagai panduan penulisan Jawi. Jika e-jawi converter mengguna pakai Sistem Ejaan Jawi terbaharu, maka bolehlah menulis Jawi dengan betul. | Lain-lain | 12.05.2011 |