Suka cookies | Mohon maaf, soalan yang diajukan kurang jelas. Bagi urusan dan permohonan yang berkaitan dengan pengesahan bahasa DBP dalam pengiklanan, sila layari portal rasmi DBP, dbpsahbahasa.my untuk pengesahan bahasa Melayu secara dalam talian. Sila rujuk Panduan Pengguna dan Syarat Pengesahan Bahasa. | Lain-lain | 01.07.2024 |
1. Chocolate Macadamia Cookies 2. Strawberry Cornflakes Saya perlu senarai diatas dalam bahasa Melayu. | Andrea, Saya telahpun menjawab soalan ini namun saya akan jelaskan sekali lagi. Chocolate Macadamia Cookies - Biskut Coklat Macadamia. Strawberry Cornflakes - Emping perisa Strawberi | Makna | 23.04.2010 |
terbitan baru, dll keluar cookies? | Soalan tuan tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 02.02.2015 |
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih. | Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. | Makna | 24.03.2022 |
Hi, would like to get your advice for the below translation. (Baked products are bread, cakes, cookies) All freshly baked products are best to consume within 36 hours from time of purchase, except items with expiry date. Semua produk yang baru dibakar adalah baik untuk dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. Thank you very much. | Semua produk yang baru dibakar boleh dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2015 |
1. Adakah ayat (a) di bawah betul? Bolehkan 'segera' diletakkan selepas 'Mereka'? Jika tidak, mengapa? (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. 2. Di dalam suatu gambar, perkataan 'Fresh Cookies Every Day' dipaparkan. Tetapi teks untuk bacaan adalah seperti berikut: Dia membaca papan tanda di kedai itu: "Biskut baru setiap hari." Adakah 'biskut baru' itu betul ataupun 'biskut segar'? Bolehkah biskut dikatakan 'segar'? 3. Apakah perbezaan 'ialah' dan 'adalah'? Bagaimanakah ia digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab dalam 1 atau 2 hari. Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. Terjemahan bagi fresh cookies ialah "biskut baru". Perkataan "biskut segar" tidak sesuai. Kedua-dua ialah dan adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya: Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita. Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. contoh: Kenyataan daripada pegawai undang-undang itu adalah sangat penting. | Tatabahasa | 23.04.2011 |
Salam, boleh bantu saya untuk dapatkan perkataan dalam BM yang sesuai mengikut ayat-ayat berikut, saya lampirkan dalam fail. | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan mengikut kontaks ayat ialah: Applicability - "kebolehgunaan" cookies - "kuki" pixel tags - "tag piksel" How we collect? - "Bagaimanakah kami mengumpul data?" images (still/recording) - "imej (pegun/rakaman)" contact preferences - "pilihan kenalan"
| Makna | 28.03.2022 |