| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk istilah "coaching of coordinator"? Kursus "coaching of coordinator" ini merupakan program tahunan Sekolah Berasrama Penuh KPM untuk memberi latihan dan bimbingan berkaitan pengurusan asrama kepada ahli jawatankuasa tertinggi asrama. Terima kasih. | Tiada data bagi istilah “coaching of coordinator” dalam data DBP. Mengikut Kamus Dewan, “coaching” ialah bimbingan khusus; latihan, manakala coordinator ialah penyelaras; koordinator. Sukacita kami mencadangkan padanan “bimbingan khusus penyelaras” atau “latihan penyelaras”. | Istilah | 06.12.2014 |
| Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk jawatan dalam bahasa Inggeris iaitu FRONT DESK COORDINATOR. Terima kasih | Tidak ada istilah khusus untuk front desk coordinator dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk front desk ialah meja depan atau kaunter depan. Istilah untuk coordinator ialah penyelaras. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk front desk coordinator ialah penyelaras meja depan atau penyelaras kaunter depan. | Istilah | 14.09.2011 |